Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 7 Julai 2012

Sambutan Pesta Kaamatan 2012

Pada 30 Jun 2012 yang lalu, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kem PLKN Mesapol telah diadakan di dewan terbuka. Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan Pesta Kaamatan tersebut bagi memeriahkan lagi majlis. 

Gelagat Wira dan Wirawati sebelum acara dimulakan.

Acara dimulakan pada jam 8.30 malam dimana ketibaan Komandan, Mej Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman diiringi oleh Timbalan Komandan (Pengurusan) yang disambut dengan persembahan tarian sumazau gabungan Wira dan Wirawati.

 Ketibaan Komandan disambut dengan persembahan tarian Sumazau.

Aktiviti seterusnya adalah nyanyian beramai-ramai lagu Negaraku dan Khidmat Negara.
Upacara perasmian telah dijalankan penuh simbolik oleh Komandan dengan pemakaian selendang, memotong padi dan pukulan gong sebanyak tujuh kali. Dalam ucapan beliau, setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan sambutan Pesta Kaamatan telah disampaikan bagi menghargai usaha penat lelah mereka.

Pemakaian Selendang kepada Komandan

Gimik pemotongan padi
 Upacara perasmian disempurnakan penuh simbolik

Tepat jam 9.00 malam, persembahan pelbagai jenis tarian dari wakil setiap kompeni telah memeriahkan lagi majlis. Ternyata bakat Wira dan Wirawati dalam seni tarian teserlah pada malam tersebut.

 Persembahan tarian tradisional oleh wakil setiap kompeni.

Turut tidak terlepas dari mengambil bahagian adalah nyanyian dari beberapa orang pelatih dan staf pengurusan.

TKP dan wakil Wirawati rancak mendendangkan lagu dari suku kaum Dusun.

Suasana meriah bertukar riuh sebaik pertandingan bina badan dan unduk ngadau diumumkan. Setiap kompeni menghantar 3 orang wakil Wira bagi pertandingan bina badan dan 3 orang wakil Wirawati bagi pertandingan.



Keputusan pertandingan bina badan telah berpihak kepada kompeni Charlie ditempat pertama. Manakala pertandingan Unduk Ngadau telah diungguli oleh kompeni Alpha.

Wira Black juara bagi pertandingan bina badan

 Wirawati Grace merangkul kejuaraan Unduk Ngadau.

Acara ditamatkan pada jam 11.30 malam dengan aktiviti sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Secara kesuluruhannya, sambutan Pesta Kaamatan ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan staf pengurusan, jurulatih dan pelatih. Syabas diucapkan kepada semua!

Bergambar beramai-ramai selepas acara Pesta Kaamatan diadakan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan