Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Khamis, 19 Julai 2012

Malam Akrab 13 Julai 2012

Sebagai tanda menghargai komitmen pelatih sepanjang menjalani latihan, tradisi Malam Akrab diteruskan lagi pada Kumpulan 2 Siri 9 / 2012 kali ini. Malam Akrab telah berlangsung pada 13 Julai 2012 tepat jam 8.30 malam sebaik ketibaan Komandan Mej. Mohd Fadzil Bin Hj. Ngadiman masuk ke dewan yang disambut oleh TKP, TKL dan semua jurulatih.


Seperti biasa, lagu Negaraku dan lagu Khidmat Negara dinyanyikan sebelum memulakan majlis. Seterusnya, Komandan telah menyampaikan ucapan ringkas yang mengandungi sedikit amanat beserta rasa penghargaan terhadap semua pelatih.
 
Kali ini, Malam Akrab telah menggandingkan Cikgu Eddy dan Wirawati Barbara sebagai pengacara majlis.
Nyanyian solo yang disampaikan oleh salah seorang Wira yang memilih lagu ‘Yang Sebenarnya’ nyanyian asal Yuna telah memukau semua hadirin.
Seterusnya, deklamasi sajak yang bertajuk ‘Pepisahan’ dibacakan oleh salah seorang Wirawati. Turut mengambil peluang memeriahkan majlis adalah persembahan nyanyian dan koir gabungan kompeni.

Acara penyampaian hadiah bagi Karnival Sukan, pertandingan sempena Pesta Kaamatan (Bina Badan, Unduk Ngadau dan Tarian Tradisional) dan Dorm terbaik juga dilakukan.
Kelainan Malam Akrab kali ini menyaksikan jemputan artis undangan Nadia yang menyampaikan 3 buah lagu khas untuk semua warga kem. Keadaan bertukar riuh sebaik Nadia menjemput beberapa pelatih untuk sama-sama menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih.
Setelah itu, nyanyian lagu tema Kem PLKN Mesapol yang bertajuk ‘Bila Diri Disayangi’ telah dipersembahkan oleh pelatih gabungan kompeni dan mendapat sentuhan gerakan yang dibimbing oleh Cikgu Sharom.
Kemuncak acara pada malam itu adalah nyanyian beramai-ramai Staf dan Jurulatih lagu 'Aku Sayang Padamu' yang ditujukan khas kepada semua pelatih. Sebaik nyanyian selesai, pelatih bersalaman dengan staf dan jurulatih sebagai tanda penghargaan sepanjang tempoh latihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan