Sebagai langkah keselamatan bagi mengelak dari kebakaran, pihak Kem PLKN Mesapol telah sekali lagi mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Sipitang yang dianggotai seramai 10 orang. Latihan ini telah diadakan pada 4 Julai pada jam 4.00 petang.
Berbincang scenario latihan... TKP sedang berbincang dengan tim penyelamat dari Balai Bomba Sipitang |
Kronologi latihan dimulakan dengan bunyi siren kecemasan dan jeritan ‘API! API ! API !’ dari semua warga kem sambil bergegas lari menuju ke padang kawad kem.
Jentera Bomba... Bergegas masuk ke dalam kem atas panggilan kecemasan sebahagian daripada scenario latihan kebakaran |
Ketua Jurulatih Fizikal melapor kepada Ketua Unit Latihan... Semua Wira dan Wirawati berkumpul di padang kawad |
Ketua Jurulatih Fizikal memainkan peranan dengan mengambil jumlah kekuatan staf pengurusan termasuk operator makanan, jurulatih dan pelatih. Ini bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam kebakaran tersebut.
Seterusnya, demo menyelamat mangsa telah dilakukan dihadapan semua warga kem. Demo bagi memadamkan api menggunakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) turut dipertontonkan dan dibuat secara amali bagi memastikan cara menggunakan alat pemadam api tersebut dapat difahami dan diaplikasi sekiranya kebakaran benar-benar terjadi.
Demo menyelamatkan mangsa kebakaran.
Demonstrasi memadamkan api kebakaran menggunakan alat pemadam api kecil
Latihan tamat kira-kira jam 5.00 petang dan diakhiri dengan minum petang oleh semua warga kem di dewan makan termasuk anggota bomba dan penyelamat. Komandan Kem, Mej Mohd Fadzil bin Ngadiman mengucapkan terima kasih kepada semua warga kem yang telah bekerjasama menjayakan latihan kebakaran pada kali ini.
Ulasan penutup daripada Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Ngadiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan