Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 15 Disember 2012

Promosi Mega - Ulu Sipitang

Pada 02 Disember 2012 yang lepas, Kem PLKN Mesapol telah menjayakan Promosi Mega di Kg Ulu Sipitang yang terletak tidak jauh dari lokasi kem. Promosi ini bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk kampung berkenaan Program Latihan Khidmat Negara.

Promosi ini telah mendapat kerjasama dari semua kakitangan dan jurulatih dalam pelaksanaannya termasuk kehadiran Komandan Kem iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dan Timbalam Komandan Latihan, Puan Cik Iira Ida Joanes.

Acara dimulakan pada jam 8 pagi dengan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Lizan.



Seterusnya, taklimat promosi berkenaan PLKN telah disampaikan sendiri oleh TKL kepada semua tetamu yang hadir. Antara pengisian penting taklimat tersebut adalah modul teras dalam PLKN, kemudahan yang disediakan dan syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menyertai PLKN.

TKL semasa menyampaikan taklimat.

Antara penduduk kampung yang hadir.

Kelihatan Komandan turut mengambil tempat dalam sesi taklimat.

Tetamu juga turut diperkenalkan dengan pakaian yang dipakai oleh pelatih sepanjang sesi latihan di kem.

Barisan jurulatih dan staf yang memperagakan uniform pelatih.

Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi kefahaman kepada semua tetamu yang hadir. Komandan turut tidak terlepas dari menjawab segala persoalan yang diutarakan.


Sebaik sesi taklimat selesai, tetamu dihiburkan dengan persembahan gerak tarik lagu I am For You dan lagu tema Kem PLKN Mesapol, Bila Diri Disayangi.


Secara keseluruhannya, promosi sebegini amat wajar diteruskan bagi memberi pendedahan langsung kepada masyarakat setempat berkenaan kebaikan menjalani PLKN sekaligus mengelak prejudis remaja tentang kesukaran dalam sesi latihan itu sendiri.

Syabas untuk semua yang terlibat!

Khamis, 13 Disember 2012

Malam Akrab Kump. 3 Siri 9 / 2012

Seperti kebiasaannya, sebagai tanda penghargaan hasil penat lelah pelatih sepanjang menjalani latihan, mereka akan diraikan dalam majlis Malam Akrab.

Kem PLKN Mesapol turut tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis tersebut pada 28 November 2012 bertempat di Dewan Makan. Malam Akrab yang diberi jolokan khas iaitu Tautan Kasih telah dimeriahkan lagi dengan tema Ungu dimana setiap tetamu digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna Ungu.

Wajah ceria barisan jurulatih dalam tema ungu.

Acara dimulakan tepat pada jam 8.30 malam dengan ketibaan Komandan yang diiringi oleh TKP. Ketibaan Komandan disambut dengan pemakaian tengkolok berwarna ungu.

Pada malam tersebut, terdapat pelbagai acara diadakan antaranya pertandingan lagu I am For You dan lagu Bila Diri Disanyangi yang merupakan lagu tema bagi Kem PLKN Mesapol. Pertandingan yang membawa dua kompeni terbaik iaitu Alpha dan Charlie ini mengetengahkan gerak tari yang telah direka khas oleh Cikgu Awan dan Cikgu Sharom.

 Kompeni Alpha

Kompeni Charlie

Selain itu, nyanyian karaoke turut diadakan dengan dendangan beberapa buah lagu oleh pelatih, staf dan tidak ketinggalan duet antara Komandan dan pelatih wirawati Shirly.

 Karaoke Duet antara Wira dan Wirawati

Bagi memeriahkan majlis, cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai kehadiran semua tetamu pada malam itu. Malam Akrab turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi acara Karnival Sukan dimana Kompeni Alpha merangkul banyak kategori sekaligus menempatkan kompeni tersebut sebagai juara keseluruhan.

 Juara keseluruhan Karnival Sukan, kompeni Alpha

Turut tidak ketinggalan, penyerahan bendera dan pangkat oleh ketua-ketua kompeni kepada Komandan sebagai simbolik tamat tugas. 


Pelatih terbaik bagi kategori Wirawati iaitu Bellvinna Deana Jommey turut mendapat sumbangan daripada warga kem atas pemergian mendiang ibunya pada Oktober yang lepas.

Sumbangan untuk wirawati Bellvinna Deana Jommey

Acara tamat tepat 11.30 malam dimana semua pelatih dan jurulatih serta staf pengurusan bersalam-salaman sebagai tanda perpisahan.



Syabas diucapkan kepada penyelaras Malam Akrab, Cikgu Ash dan Cikgu Nizam serta seluruh warga kem kerana menjayakan majlis tersebut. Diharapkan, malam tersebut mampu memberi nostalgia indah kepada semua pelatih.