Visi Kem PLKN Mesapol
Menjadi Kem yang terunggul dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.
Misi Kem PLKN Mesapol
Memastikan program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Objektif Kem PLKN Mesapol
Untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara secara sistematik, cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Piagam Pelanggan Kem PLKN Mesapol
Kami berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar kami sentiasa bergerak ke arah matlamat tersebut, maka kami berjanji:
- Memberi keyakinan kepada ibu-bapa pelatih bahawa program yang dilaksanakan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.
- Bersedia membantu ibu-bapa pelatih dalam menangani sebarang masalah yang timbul berhubung dengan masalah pelatih dalam masa 48 jam.
- Mengutamakan kebajikan pelatih sentiasa dititikberatkan disepanjang program dijalankan.
- Menguruskan pelaksanaan latihan dan pentadbiran dengan cekap dan berkesan.
- Bersedia memberi maklumbalas dengan ibu pejabat berhubung dengan pelaksanaan program dan pengurusan kem dalam jangka masa notis 24 jam.
- Sedia menjalinkan hubungan yang akrab dengan agensi tempatan untuk kelancaran dan penambahbaikan Program Latihan Khidmat Negara.
Latar Belakang PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan khusus untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta dan sayangkan negara. Berlandaskan pemukukan semangat patriotisme serta jalinan intergrasi nasional yang harmonis. Program ini diadunkan dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal utuh.
PLKN dijalankan dengan menyatupadukan kumpulan generasi muda yang dibesarkan dari latar belakang dan keturunan yang berbeza, dengan hasrat dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.
Keunikan PLKN adalah disebabkan pengendaliannya ala-Malaysia berasaskan faktor-faktor berikut;
- Melibatkan semua kaum, lelaki dan perempuan
- Berteraskan Rukun Negara
- Mempunyai kurikulum mutli-disiplin
- Bukan kerahan tenaga atau "military conscripts"
- Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu.
Pendekatan PLKN
- PLKN ini dilaksanakan selama 3 bulan di kem-kem PLKN seluruh negara.
- Ia direka supaya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa kepada para pelatih.
- Tidak bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman untuk mengajar.
- Menekankan proses pembelajaran yang menarik minat, serta berbentuk 'experimental learning' iaitu belajar secara amali.
- Mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Objektif PLKN
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Konsep PLKN
Teras PLKN adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini. PLKN adalah unik kerana dilaksanakan secara ala-Malaysia bagi mencapai keperluan negara.
Modul Fizikal PLKN
Modul Fizikal diolah untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal para peserta PLKN. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan wira-wirawati, serta mempertingkatkan kekuatan mental bagi tujuan hidup (survival, daya kepimpinan, disiplin, keyakinan diri, kemahiran bekerja dalam satu pasukan serta semangat setia kawan-Konsep Latihan Luaran (Educational Outdoor) berteraskan Belajar Melalui Pengalaman (Experiental Learning, Cooperative Learning, Challenge by choice dan Belajar Sambil Bermain) menjadi tunggak utama modul ini.
Elemen-elemen latihan teras dalam Modul Fizikal seperti berikut:
Latihan Jasmani - Latihan jasmani adalah bertujuan untuk membina tahap kecergasan dan ketangkasan fizikal dan mental diri pelatih-pelatih melalui latihan jasmani. Ini merupakan sistem pendidikan latihan yang harmonis, progresif, seimbang serta menyeronokkan yang menggunakan system 'Physical Fitness & Recreactional Training (PF&RT-System). Antara jenis-jenis Latihan Jasmani adalah seperti berikut:
Elemen-elemen latihan teras dalam Modul Fizikal seperti berikut:
Latihan Jasmani - Latihan jasmani adalah bertujuan untuk membina tahap kecergasan dan ketangkasan fizikal dan mental diri pelatih-pelatih melalui latihan jasmani. Ini merupakan sistem pendidikan latihan yang harmonis, progresif, seimbang serta menyeronokkan yang menggunakan system 'Physical Fitness & Recreactional Training (PF&RT-System). Antara jenis-jenis Latihan Jasmani adalah seperti berikut:
- Jasmani asas,
- Senamrobik,
- Senam Seni Malaysia,
- Kembara Halangan,
- Bleep Test.
(masih dalam penyelenggaraan)