Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sekilas

Logo Kem PLKN Mesapol, Sipitang

Definasi Logo

Logo Kem PLKN Mesapol telah diilhamkan oleh Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, Komandan Pertama Kem PLKN Mesapol, Sipitang, Sabah. Latarbelakang gunung berwarna biru melambangkan kem ini yang terletak di Negeri Sabah yang sememangnya senonim dengan Gunung Kinabalu yang juga popular dengan jolokan negeri di bawah bayu. Gasing melambangkan keunikan budaya masyarakat setempat Daerah Sipitang yang menjadikan permainan gasing sebagai permainan tradisi yang disambut dan diraikan setiap tahun melalui penampilan yang dipanggil Pesta GATA (Gasing dan Tamu). Sungai berbentuk nombor 3 melambangkan kem ini terletak di Kampung Sungai Tiga, Mesapol, Sipitang dimana letakduduknya kem ini adalah berada ditengah-tengah kehijauan hutan teroka yang mempunyai lanskap menarik. Tiga anak bulan di tepi sebelah kiri melambangkan kesucian, ketenangan dan keluruhan warga kem ini dalam menjunjung serta menjadikan Agama Islam sebagai panduan. Ianya juga melambangkan ombak yang berada di tepian pantai sekaligus menandakan kem ini berada berhampiran dengan pantai Sipitang yang begitu indah pemandangannya, menghadap Laut China Selatan. Logo PLKN disebelah atas kanan melambangkan Kem PLKN Mesapol ini yang meletakkan JLKN sebagai pihak atasan yang sentiasa memberi panduan, arahan dan bimbingan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang digariskan.

Sejarah Ringkas

Kem ini telah dibuka dan mula beroperasi secara rasminya pada 15 Mei 2011 dimana sejumlah 329 orang pelatih dari Kumpulan 2 Siri 8/2011 telah melakar sejarah memulakan latihan mereka di sini. Ekoran daripada pembukaan kem ini, beberapa siri lawatan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) iaitu YB Dato' Dr Tekhee@Tiki Lafe dan juga lawatan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) iaitu Dato' Abd Hadi bin Awang Kechil telah  dilakukan di kem ini. Timbalan Ketua Pengarah Latihan JLKN iaitu En Awang Alik bin Jemain juga telah melakukan beberapa siri lawatan ke kem ini. Komandan Pertama adalah Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman yang berkhidmat mulai 15 Mei 2011 sehinggalah sekarang. Kem yang berkeluasan 38 ekar ini di usahakan oleh Pengusaha Kem, Afie Ent Sdn Bhd.

Pintu masuk utama Kem PLKN Mesapol, Sipitang




Laluan masuk dan tempat parking bas PLKN



Rasional Logo PLKN 

Logo ini berkonsepkan api yang sedang membara dan melambangkan semangat patriotisme.
  • Bentuk api dihasilkan dengan 3 jalur merah melambangkan kaum-kaum utama di Malaysia yang bersatu padu mempertahankan negara.
  • Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat terjalin antara kaum.
  • Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang terus dipertahankan oleh semua pihak.
  • Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api yang melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.