Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Jumaat, 25 Mei 2012

Kem PLKN Tangkas disita, 248 pelatih dipindah

KUALA LUMPUR - Kesemua 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindah ke kem PLKN di negeri masing-masing Isnin ini, susulan tindakan sita ke atas kem itu. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tindakan sita yang diputus Mahkamah Tinggi Taiping kelmarin adalah kerana pemilik kem gagal menjelaskan hutangnya. Proses pemindahan itu tidak akan menjejaskan program latihan dan pada masa ini pelatih telah selesai menjalani modul Pembangunan Kendiri, manakala baki dua modul iaitu Kenegaraan dan Khidmat Komuniti akan disambung di kem baru, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Abdul Hadi berkata bagi jurulatih yang terbabit pula, JLKN akan memindahkan mereka ke beberapa kem yang telah dikenal pasti memerlukan tenaga pengajar. "Saya ingin mengingatkan kepada semua pengusaha kem jangan sambil lewa dalam menguruskan kem mereka kerana jika perkara seperti ini berlaku sudah pasti akan menganggu perjalanan program latihan para peserta," katanya. Kem Tangkas Kendiri yang telah beroperasi semenjak 2009 mampu menempatkan 250 pelatih dan diselia 40 jurulatih. Terdahulu Abdul Hadi hadir pada majlis raptai akhir Persembahan Senam Seni yang disertai 1,008 pelatih dari tujuh kem PLKN Zon C, untuk program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu ini. - Bernama

Berita Harian Online | PLKN mungkin diwajib kepada semua pelajar lepasan sekolah menengah

Berita Harian Online | PLKN mungkin diwajib kepada semua pelajar lepasan sekolah menengah

Ahad, 20 Mei 2012

Majlis Perasmian PLKN Kump 2 Siri 9/2012 Bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang

Tanggal 18hb Mei 2012 yang lalu, bermulalah episod sejarah baru di Kem PLKN Mesapol, Sipitang. Satu majlis perasmian pembukaan Program Latihan Khidmat Negara bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang bagi Kumpulan 2 Siri 9/2012 telah diadakan di Padang Kawad kem ini dan dirasmikan oleh Komandan Kem, iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Seramai 326 orang pelatih-pelatih baru telah terlibat bagi menjayakan upacara perbarisan yang penuh simbolik itu. Mereka akan menjalani latihan di kem ini mulai 1 Mei 2012 sehingga 14 Jul 2012. Majlis perasmian ini telah diadakan serentak di semua kem PLKN di seluruh negara.

Ketibaan Komandan Kem, Mejar Mohd. Fadzil bin Hj Ngadiman


Upacara tabik hormat dan melapor jumlah kekuatan daripada penghulu


Ucapan perasmian oleh Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman


Upacara pemeriksaan barisan


Upacaran pemakaian pangkat kepada ketua-ketua kompeni yang terpilih

Sabtu, 19 Mei 2012

Majlis Pelancaran Pergerakan Masuk Pelatih Kump 2 Siri 9/2012 di Lawas, Sarawak

Mej Mohd Fadzil sedang berbincang sesuatu bersama Dato' Dr Tekhee

Proses pendaftaran pelatih

Sumbangan wang saku kepada pelatih sebelum menaiki bas

Pada 3 Mei 2012 bertempat di daerah Lawas, Sarawak, satu upacara pelancaran bagi pergerakan masuk pelatih-pelatih ke Kem PLKN Wawasan, Papar melibatkan seramai 35 orang pelatih telah diadakan. Kem PLKN Mesapol telah ditugaskan sebagai Kem Penyelaras bagi mengendalikan upacara tersebut. Upacara ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr.Tekhee @ Tiki Lafe, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Turut mengiringi ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Upacara ini turut dihadiri oleh Pengarah Zon H, iaitu Lt Kol (TUDM) Mohd Zainuri bin Embong dan tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil JLKN, iaitu Mej Abu Samah bin Noh dan jemputan-jemputan lain.

Komandan Kem, Mej Mohd Fadzil sedang memerhatikan proses pendaftaran

Perbincangan antara Komandan Kem PLKN Mesapol, Pengarah Zon H dan wakil GPB/Korakan

Ketibaan YB Dato' Dr Tekhee@Tiki Lafe, Pengerusi MLKN


Beramah mesra bersama keluarga pelatih


Dato Tekhee dan Mej Mohd Fadzil sedang menyemak dokumen
pelatih disaksikan oleh Pengarah Zon H dan Komdn PLKN Papar

Berbual bersama pelatih

YB Dato' sedang berucap di hadapan pelatih dan keluarga mereka

Upacara 'flag off'... Bas dilepaskan dari Stesen Bas Lawas menuju ke Kem PLKN Papar