Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Khamis, 26 Julai 2012

Ukays - Bila Diri Disayangi

Kejohanan Ten Pin Bowling Kem PLKN Mesapol Sipitang, Sabah

Kota Kinabalu, 16 Julai 2012 – Kejohanan Ten Pin Bowling Kem PLKN Mesapol telah di adakan di gelangang CPS Bowling Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Bergambar beramai-ramai sebelum acara bermula..
Seramai 32 orang warga Kem PLKN Mesapol yang terdiri daripada jurulatih, staf pengurusan, medik, logistik, warga kerja kem, wakil operator kem, dewan makan, wakil GPB dan KORAKAN telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada hari tersebut.

Tujuan diadakan kejohanan sedemikian adalah untuk menjaga kesihatan serta memupuk semangat setiakawan dan bersukan di kalangan semua warga kerja Kem PLKN Mesapol Sipitang. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan suasana ceria dikalangan warga kem ini. Idea untuk mengadakan kejohanan ini telah dicetuskan oleh Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman.

Cikgu Nazirul...first time..
Diakhir kejohanan, keputusan pertandingan kategori berkumpulan telah dimenangi oleh kumpulan Azli, Missor, Puan Kiran (wakil operator kem) dan Puan Iira (TKL) di tempat pertama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 929.

Tempat Kedua disandang oleh kumpulan Awang, Mohd. Badron, Abd. Ghaffar dan Safar dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 901.

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Ustaz Yahya, Pramonoe (Logistik), Zasmin dan Nooriskandar (medik) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 897.

Tempat keempat ialah kumpulan Alyas, Jusuilin, Hasnol dan Nazirul dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 872.

Mendapat tempat kelima ialah kumpulan Helson, Shahrom, Radzif dan Ronnie dengan kiraan jumlah jatuhan pin sebanyak 685.

Ust Yahya...gaya pro yang tersendiri
 Tempat keenam jatuh pada kumpulan Mejar Mohd Fadzil (Komandan), Kapten Amin (TKP), PWII Terrence (KUL/KUD)  dan Amir dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 665.

Tempat ketujuh disandang oleh kumpulan Shiela, Haslina, Shair dan Salleh dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 619.

Dan tempat kelapan ialah kumpulan Renny, Nooraziraah, Hazwana dan Norazean dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 581.

Cikgu Bard...lama dah buat persiapan..
Secara keseluruhannya, acara ini telah mencapai objektifnya disamping menambahkan lagi keakraban dan semangat setiakawan dikalangan warga Kem PLKN Mesapol sekaligus mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah ini dalam suasana ceria dan gembira. Apa yang menariknya, ada dikalangan warga kem ini yang buat kali pertama memegang bola bowling semasa kejohanan ini berlangsung. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan ini.

Mej Fadzil...penuh semangat...

Cikgu Alyas...gaya pro...

Satu misi...Mej Fadzil, Ust Yahya, Cgu Nazirul, Kpl Iskandar dan Zasmin..


Kump 1...Mej Fadzil, Kapt Amin, Pw 2 Terrence dan Cgu Amir..


Pn Kiran...Apa pasal markah aku kurang??


Trio cikgu...


Cikgu Nizam...Ini kalilah...


PW 2 Terrence, Cgu Amir dan Cgu Suzi..
 
Cgu Lenny dan Cgu Jusuilin...



* Lagi gambar-gambar menarik sekitar kejohanan bowling disini

Rabu, 25 Julai 2012

Sesi Fotografi Kump.2 Siri 9 / 2012

Wira Alpha

Wirawati Alpha

Wira Bravo

Wirawati Bravo

Wira Charlie

Wirawati Charlie

Wira Delta

Wirawati Delta

Barisan Staf dan Jurulatih

We are the champion!

Ahad, 22 Julai 2012

Si Kembar - Ping & Chin

Walaupun latihan Kumpulan 2 Siri 9 / 2012 telah melabuhkan tirainya, masih ada sesuatu yang menarik ingin kami kongsikan kepada pembaca tentang keunikan Kumpulan 2 yang lepas. Buat julung-julung kalinya, Kem PLKN Mesapol telah menerima pelatih pasangan kembar untuk sama-sama menjalani Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan ini. Mereka adalah Leong Vui Ping dan Leong Vui Tshin. 


Entri kali ini akan mengupas pasangan kembar yang lebih mesra dengan panggilan Ping ping dan Chin chin.
Pasangan kembar ini dilahirkan pada 8 Ogos 1994 di Hospital Lama, Keningau Sabah. Kelahiran Chin chin adalah lewat 5 minit selepas Ping ping. Mereka berdua juga merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Walaupun memiliki iras rupa yang sama, namun pasangan kembar ini boleh dibezakan dengan rupa yang mana Ping ping kelihatan agak kurus sedikit berbanding Chin chin.

Pasangan kembar ini gemar melukis, menonton tv, bermain alat muzik, fotografi dan berbasikal. Disebabkan mereka berdua gemar pada fotografi hasil dari dorongan bapa yang memiliki kedai fotografi sendiri, mereka turut memilih untuk menajdi jurugambar professional pada suatu hari nanti. Walaubagaimanapun, Chin chin turut menyatakan hasratnya untuk menjadi arkitek.

Menyentuh tentang peribadi mereka di sekolah, Ping ping menyatakan dia lebih berminat dalam bidang akaun dan seni manakala Chin chin gemar pada sains dan seni. Selain itu penglibatan mereka di sekolah juga amat aktif dimana Ping ping menyandang jawatan sebagai Pengerusi Pendidikan Seni, Bendahari Kelas dan Setiausaha Pancaragam. Manakala Chin chin menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas, Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik serta Setiausaha Pancaragam.

Semasa ditemubual oleh Cikgu Yulie, Ping ping menyatakan bahawa mereka berdua sering berbincang mengenai pelajaran, berkongsi pengalaman dan aktiviti yang ingin dilakukan bersama. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap suka menolong orang, rajin, menghormati orang tua dan tidak suka menangguhkan kerja.

Penglibatan mereka sebagai Wirawati juga tidak dapat dinafikan apabila Ping ping dilantik menjadi ketua dorm Wirawati kompeni Delta manakala Chin chin menyandang sebagai ketua Wirawati kompeni Alpha. Berdasarkan pemerhatian kebanyakan jurulatih, pasangan kembar ini dilihat sebagai antara pelatih yang menunjukkan komitmen yang amat membanggakan sepanjang latihan. 


Apabila ditanya berkenaan kejayaan Chin chin sebagai pelatih terbaik, Ping ping menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan adik kembarnya. Ping ping juga tidak menafikan kebolehan Chin chin memimpin semasa dirumah. 

Sesungguhnya kehadiran pasangan kembar ini di Kem PLKN Mesapol sangat mengembirakan semua pihak. Selain dikenali dengan sifat mereka suka tersenyum dan suka membantu, komitmen mereka juga sentiasa menjadi sebutan barisan jurulatih. Doa kami semoga pasangan kembar ini terus berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.


Khamis, 19 Julai 2012

Malam Akrab 13 Julai 2012

Sebagai tanda menghargai komitmen pelatih sepanjang menjalani latihan, tradisi Malam Akrab diteruskan lagi pada Kumpulan 2 Siri 9 / 2012 kali ini. Malam Akrab telah berlangsung pada 13 Julai 2012 tepat jam 8.30 malam sebaik ketibaan Komandan Mej. Mohd Fadzil Bin Hj. Ngadiman masuk ke dewan yang disambut oleh TKP, TKL dan semua jurulatih.


Seperti biasa, lagu Negaraku dan lagu Khidmat Negara dinyanyikan sebelum memulakan majlis. Seterusnya, Komandan telah menyampaikan ucapan ringkas yang mengandungi sedikit amanat beserta rasa penghargaan terhadap semua pelatih.
 
Kali ini, Malam Akrab telah menggandingkan Cikgu Eddy dan Wirawati Barbara sebagai pengacara majlis.
Nyanyian solo yang disampaikan oleh salah seorang Wira yang memilih lagu ‘Yang Sebenarnya’ nyanyian asal Yuna telah memukau semua hadirin.
Seterusnya, deklamasi sajak yang bertajuk ‘Pepisahan’ dibacakan oleh salah seorang Wirawati. Turut mengambil peluang memeriahkan majlis adalah persembahan nyanyian dan koir gabungan kompeni.

Acara penyampaian hadiah bagi Karnival Sukan, pertandingan sempena Pesta Kaamatan (Bina Badan, Unduk Ngadau dan Tarian Tradisional) dan Dorm terbaik juga dilakukan.
Kelainan Malam Akrab kali ini menyaksikan jemputan artis undangan Nadia yang menyampaikan 3 buah lagu khas untuk semua warga kem. Keadaan bertukar riuh sebaik Nadia menjemput beberapa pelatih untuk sama-sama menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih.
Setelah itu, nyanyian lagu tema Kem PLKN Mesapol yang bertajuk ‘Bila Diri Disayangi’ telah dipersembahkan oleh pelatih gabungan kompeni dan mendapat sentuhan gerakan yang dibimbing oleh Cikgu Sharom.
Kemuncak acara pada malam itu adalah nyanyian beramai-ramai Staf dan Jurulatih lagu 'Aku Sayang Padamu' yang ditujukan khas kepada semua pelatih. Sebaik nyanyian selesai, pelatih bersalaman dengan staf dan jurulatih sebagai tanda penghargaan sepanjang tempoh latihan.

Pelatih Terbaik Kump. 2 Siri 9 / 2012

Sekalung tahniah diucapakan kepada Wira Rakieb dan Wirawati Tshin kerana telah dianugerahkan sebagai pelatih terbaik semasa Perbarisan Tamat Latihan pada Jumaat lepas. Entri kali ini akan memaparkan secara ringkas biodata kedua-dua pelatih ini.

Wira Terbaik


Nama : Mohd Al-Rakieb Bin Abdul Said
Tarikh Lahir : 11 April 1994
Asal : Ranau, Sabah
Hobi : Membaca, Bersukan, Memancing
Cita-cita : Polis
Motto : ‘Think with your brain, don’t think with your knee…’

Wirawati Terbaik




Nama : Leong Vui Tshin
Tarikh Lahir : 8 Ogos 1994
Asal : Keningau
Hobi : Melukis, Menonton, Fotografi dan Bermain alat muzik
Cita-cita : Arkitek / Jurugambar
Motto : ‘Menjadi Insan Yang Berguna’

Isnin, 16 Julai 2012

Perbarisan Tamat Latihan Kump. 2 Siri 9 / 2012

Setelah berhempas pulas menjalani latihan yang padat, akhirnya pelatih tersenyum puas sambil ada yang menitiskan air mata terharu semasa Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung pada 13 Julai 2012 lepas. Hari bersejarah bagi pelatih Kem PLKN Mesapol, Kumpulan 2 Siri 9/2012 diadakan di padang kawad yang dihadiri oleh semua jurulatih, staf pengurusan dan jemputan khas.

Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi sebaik ketibaan Komandan Kem, Mej. Mohd Fadzil Bin Hj. Ngadiman yang disambut oleh Timbalan Komandan Pengurusan (TKP).


 Lagu Negaraku dan Lagu Khidmat Negara kedengaran dinyanyikan penuh bersemangat oleh semua pelatih. Seterusnya, upacara pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh Komandan yang diiringi oleh TKP.


Ucapan ringkas oleh Komandan menyatakan rasa bangga beliau terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih sepanjang tempoh 3 bulan menjalani latihan di kem ini. Tambah beliau lagi, diharap semua pelatih mendapat kesan dan impak positif daripada latihan yang telah dijalani tersebut.


Kumpulan 2 kali ini menyaksikan Wira Mohd Al-Rakieb Bin Abdul Said dan Wirawati Leong Vui Tshin masing-masing dianugerahkan sebagai pelatih terbaik Wira dan Wirawati. (Ikuti secara ringkas latar belakang kedua pelatih ini untuk entri akan datang). Manakala Kompeni Bravo telah dinobatkan sebagai kompeni terbaik.


Kelihatan beberapa orang pelatih menitiskan air mata sebaik bendera Khidmat Negara diturunkan yang diiringi oleh lagu Standing In The Ice. Ternyata Latihan Khidmat Negara benar-benar memberi kesan yang mendalam dan pengalaman tidak ternilai di dalam diri setiap peserta.


Sebagai penyeri upacara tamat latihan ini, persembahan Tarian Perang, Kawad Senyap dan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dipersembahkankan oleh beberapa kumpulan yang terdiri dikalangan pelatih. Kesemua persembahan ini mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada Jurulatih Fizikal.


Upacara tamat latihan selesai pada jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan minum pagi bersama-sama di dewan makan. Persembahan Tarian Sumazau Penampang ditarikan oleh pelatih Kompeni Alpha yang memenangi pertandingan tarian tradisional pada sambutan Pesta Kaamatan yang lepas.


* Lagi gambar-gambar semasa Perbarisan Tamat Latihan Bagi Kump 2 Siri 9/2012 disini