Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 4 November 2012

Latihan Menembak Kump 3 Siri 9/2012

Seperti yang dilakukan kepada kumpulan yang lepas, kumpulan kali ini juga tidak terkecuali dari menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah pada 01 Nov 2012. Sehari sebelum itu, semua pelatih diberi pendedahan awal berkenaan perjalanan latihan sebenar menerusi latihan teori menembak yang dijalankan di sekitar padang kawad Kem PLKN Mesapol. Latihan ini, dibantu oleh anggota tentera darat dari pasukan 5 Skuadron Semboyan Diraja yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada pelatih berkenaan penggunaan senjata persendirian jenis M-16.

Latihan teori menembak pada 31 Okt 2012 berlangsung selama 3 jam itu bermula seawal 8.30 pagi.





 









Pada hari latihan menembak di lapang sasar, pergerakan bermula seawal jam 4.00 pagi kerana perjalanan ke Kota Belud yang mengambil masa hampir 5 jam dalam perjalanan. Keadaan ini tidak membebankan pelatih untuk bangun seawal 3.00 pagi kerana taklimat berkenaan latihan telah diberikan lebih awal. Kelihatan ramai diantara mereka yang teruja untuk melaksanakan latihan menembak tersebut.

Setibanya di lapang sasar, pelatih diberi taklimat ringkas oleh wakil angkatan tentera yang mengendalikan sesi latihan. Ini bertujuan memastikan keselamatan pelatih sentiasa dalam keadaan terkawal.

Seterusnya, pelatih dibahagikan kepada 14 detail dimana setiap detail terdiri daripada 8 orang. 

Sesi latihan menembak tamat pada pukul 2.00 petang sebaik selepas upacara penyampaian cenderamata kepada pihak angkatan tentera yang telah membantu menjayakan sesi latihan ini. Semua pelatih dan jurulatih yang terlibat dalam pengendalian senjata M-16 terlebih dahulu diminta mengangkat ikrar sebagai janji tidak membawa apa-apa peralatan keluar dari kawasan lapang sasar terutamanya kartus kosong peluru. Pelatih juga diperiksa sebelum dibenarkan menaiki bas untuk kembali ke kem.




















Walaupun keletihan sepanjang perjalanan, namun mereka merasakan kepuasan dalam mempelajari pengendalian senapang dengan peluru hidup yang telah didedahkan kepada mereka. Setidak-tidaknya, ilmu ini mampu memberi manfaat di hari kemudian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan