Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 27 April 2013

Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 Kem PLKN Mesapol Tahun 2013





Kem PLKN Mesapol sedang dalam proses dan giat melakukan persiapan bagi memperolehi persijilan ISO 9001:2008 pada penghujung tahun 2013. Persiapan yang rapi telah bermula sejak tahun lalu dan kini diteruskan lagi dengan melengkapkan dan menambahbaikkan persiapan yang sedia ada.







Pasukan Audit Dalam dijangka akan melaksanakan audit dalaman pada pertengahan bulan Mei 2013 manakala pemeriksaan audit sebenar dijangka pada bulan Sep 2013.





 Terbaru, Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 Kem PLKN Mesapol Tahun 2013 telah disampaikan sendiri oleh Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman pada 24 Apr 2013 di Bilik Mesyuarat Kem PLKN Mesapol. Taklimat telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang.


Taklimat kesedaran pada sesi pagi telah dihadiri oleh semua Jurulatih Fizikal dan pekerja-pekerja dari Pengusaha Kem. Manakala taklimat pada sesi petang pula telah dihadiri oleh semua Ketua Unit, staf pengurusan dan Jurulatih Multiskill.






Secara keseluruhannya, objektif taklimat kesedaran MS ISO 9001:2008 ini telah dapat dicapai dan semua warga kem telahpun didedahkan berkaitannya dan dikehendaki membuat persiapan yang sewajarnya bagi menghadapi audit yang bakal dijalankan.





Semoga sasaran untuk memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 ini akan dapat dicapai sepertimana yang dirancangkan pada penghujung tahun 2013 ini. Sama-samalah kita berusaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan