Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Selasa, 30 Oktober 2012

Malam Citra Puisi

Pada 23 Okt yang lepas, satu lagi aktiviti wajib telah diadakan dengan jayanya di Kem PLKN Mesapol ini iaitu Malam Citra Puisi. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan menanamkan semangat cinta akan hasil seni sastera dan budaya negara kita sendiri iaitu Malaysia.

Selama dua hari berturut-turut (22 hingga 23 Okt), semua pelatih bertungkus-lumus membuat latihan pementasan hasil puisi tradisional dan moden yang dibimbing oleh empat orang jurulatih iaitu Cikgu Leen, Cikgu Surya, Cikgu Bard dan Cikgu Yulie. Setiap seorang daripada mereka membimbing satu kompeni untuk menjayakan pementasan pada Malam Citra Puisi tersebut. Aktiviti selama dua hari ini dipantau oleh Encik Nordin wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apa yang menariknya, semua pelatih memberikan komitmen yang tinggi walaupun menghadapi kekangan masa latihan dalam tempoh dua hari tersebut. Walaupun kebanyakan daripada mereka tidak sabar untuk balik bercuti sempena Hari Raya Aidiladha namun Malam Citra Puisi tetap melakarkan memori indah untuk dikenang oleh setiap warga kem.

Selain daripada pementasan dalam bentuk sketsa, lakonan dan nyanyian berdasarkan puisi yang dipilih, pertandingan mendeklamasikan sajak secara solo turut diadakan diantara kompeni.

Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Amin Bin Ahmad selaku pemangku Komandan telah hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Ikuti paparan gambar menarik dibawah;

Ketibaan TKP diiringi oleh Penyelaras program, En. Nordin


Persembahan dari Kompeni Alpha bimbingan Cikgu Bard



Persembahan dari Kompeni Bravo bimbingan Cikgu Yulie



Persembahan Kompeni Charlie bimbingan Cikgu Leen



Persembahan dari Kompeni Delta bimbingan Cikgu Surya

TKP dan En Nordin yang terhibur dengan persembahan pelatih

Barisan Jurulatih yang turut hadir bagi memeriahkan Malam Citra Puisi

Bagi pertandingan mendeklamasikan sajak secara solo, pemenang tempat pertama disandang oleh wirawati Welnah John dari Kompeni Charlie diikuti oleh Mohd Ashaari dari Kompeni Bravo. 

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Syabas semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan