Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Khamis, 11 Oktober 2012

Latihan Kawad Kebakaran Kem PLKN Mesapol Bagi Kumpulan 3 Siri 9/2012



Satu latihan kawad kebakaran di Kem PLKN Mesapol bagi Kumpulan 3 Siri 9/2012 telah diadakan pada 11 Okt 2012 lebih kurang jam 4.30 ptg. Latihan yang diadakan buat pertama kali bagi Kumpulan ke 3 ini melibatkan semua warga kem yang terdiri dari staf, jurulatih, pelatih dan pekerja Pengusaha Kem ini. Latihan kali ini melibatkan warga kem seramai 170 orang.

Latihan bermula dengan bunyi siren panjang didalam kem dan semua warga berkumpul di Padang Kawad Kem. Ketua Jurulatih Fizikal telah melapor kekuatan semua yang terlibat kepada Ketua Unit Latihan. Seterusnya Ketua Unit Latihan melapor kepada Komandan Kem iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, berkenaan jumlah keseluruhan yang terlibat didalam latihan kebakaran ini. Ucapan aluan disampaikan oleh Komandan Kem tentang peri pentingnya latihan kebakaran ini diadakan dan mengekalkan kesiapsiagaan yang tinggi apabila berlaku kebakaran atau bencana alam yang lain. Menurut Komandan Kem lagi, aspek-aspek keselamatan dan kesihatan didalam kem ini mestilah diutamakan dan tidak boleh dikompromi. Latihan kali ini hanya melibatkan warga kem sahaja dan tidak melibatkan pihak Bomba. Mengikut perancangan, latihan kedua yang akan diadakan nanti turut melibatkan pihak Bomba Daerah Sipitang beserta jentera pemadam api dan ianya akan diadakan pada bulan November 2012 dimana demonstrasi memadamkan api kebakaran menggunakan alat pemadam api kecil akan digunakan. Jentera pemadam api dan pasukan penyelamat Bomba juga akan dilibatkan pada sesi latihan yang akan datang. Latihan kedua itu nanti juga dirancang untuk memadamkan api kebakaran di bangunan Dewan Makan Kem yang melakarkan scenario kecederaan didalam dapur masak dan letupan gas memasak.

Cikgu Nizam, Cikgu Azli dan Cikgu Missor membunyikan siren.


Pantas... Pelatih Wira berlari dari blok penginapan untuk berkumpul di Padang Kawad

Kali pertama latihan kebakaran seumpama ini dijalankan




Pelatih wirawati juga turut berlari untuk berkumpul di padang kawad




Utamakan keselamatan...



Gikgu Mahat dan pelatih wira.... Berlari menyelamatkan diri...


Ketua Jurulatih, Cikgu Che Ali melapor jumlah kekuatan keseluruhan kepada Pegawai Medan , PW 2 Terrence 


Pegawai Medan melapor jumlah kekuatan kepada Komandan, Mej Mohd Fadzil



Ucapan aluan dari Komandan

Latihan kebakaran ini diteruskan dengan taklimat kebakaran yang telah disampaikan oleh Timbalan Komandan Pengurusan (TKP), Kapt Mohd Amin. Semua warga kem telah dibacakan Perintah Tetap Kebakaran Kem No 14 iaitu Perintah Tetap Kebakaran yang dikeluarkan oleh pihak JLKN. Bermula dengan deringan siren sehinggalah berkumpul dan tamat latihan kebakaran telah disentuh dan diterangkan secara terperinci kepada semua yang terlibat ketika itu.

Taklimat kebakaran yang disampaikan oleh TKP

Secara keseluruhannya latihan kawad kebakaran kali ini telah dapat mencapai objektif yang diharapkan dan semua warga kem telah mendapat manfaat daripada latihan seumpama ini. Latihan telah ditamatkan sekitar jam 6 petang. Komandan Kem telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang penuh sepanjang latihan ini diadakan.


Jurulatih dan pelatih sedang mendengar ucapan aluan oleh Komandan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan