SOKONGAN PADU…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri program tersebut. |
SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada salah seorang belia di majlis tersebut. |
SIPITANG: Kerajaan tidak akan mengabaikan kemajuan dan pembangunan generasi muda negara ini, kata Datuk Sapawi Ahmad.
Ahli
Parlimen Sipitang itu berkata ia termasuklah usaha membentuk jati diri
di kalangan generasi muda dan dilaksanakan menerusi perancangan yang
berterusan serta mengikut peredaran masa.
“Kerajaan
Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan yang terbaik untuk generasi
muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan salah satu
usaha yang direncanakan oleh kerajaan bagi membina jati diri generasi
muda,” katanya pada perasmian program khidmat komuniti PLKN Kem Mesapol
di Kampung Kaban di sini kelmarin.
MANTAP…Sapawi bersama sebahagian pelatih PLKN Kem Mesapol, Sipitang merakamkan kenangan di majlis tersebut. |
Hadir
sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip
Amat, Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang, Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, Timbalan
Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin, Timbalan pengarah SKMM Jusli
Elias dan Ketua Kampung Kaban Kaling Salutan rerta 430 PLKN turut serta
dalam program tersebut.
Sapawi
memberitahu menerusi program itu generasi muda bukan sahaja didedahkan
dengan pelbagai aktiviti bagi membentuk jati diri tetapi juga didedahkan
serta diperjelaskan mengenai dasar dan juga perancangan kerajaan.
IKHLAS…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan sumbangan kepada salah seorang OKU di majlis tersebut. |
Katanya
penyertaan generasi muda dengan PLKN sememangnya berbaloi kerana ianya
telah terbukti membantu membentuk jati diri mereka. Menurutnya
program itu juga membantu mempersiapkan dan memperlengkapkan generasi
muda bagi menghadapi cabaran masa depan yang pastinya getir dan
mencabar.
Beliau
memberitahu negara memerlukan generasi muda yang lengkap dan sentiasa
bersedia bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan negara berterusan.
BANTUAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut. |
“PLKN bukan program yang sia-sia sebaliknya ia memberikan manfaat berguna kepada generasi muda,” katanya lagi. Sapawi
memberitahu dengan adanya program PLKN ianya turut dapat membentuk
fikiran positif kepada generasi muda bagi memikirkan serta membuat
keputusann yang tepat.
“Kita
tidak mahu generasi muda negara ini dipergunakan dan diperbodohkan oleh
pihak-pihak tertentu yang bersifat untuk kepentingan diri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan