Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Khamis, 30 Mei 2013

Latihan Air - Kump. 2 Siri10/2013

Pada 21hb hingga 23hb Mei yang lepas, aktiviti latihan air telah dijalankan di Kompleks Sukan daerah Tenom yang melibatkan semua wira dan wirawati dengan pemantauan jurulatih fizikal dan dibantu oleh beberapa orang jurulatih multiskill.

Pergerakan ke Kompleks Sukan seawal 6.00 pagi mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dari Kem PLKN Mesapol. Sebaik tiba di perkarangan Kompleks Sukan tersebut, pelatih terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah keselamatan sepanjang berada dikawasan kolam renang bagi mengelakkan sebaran insiden yang tidak diingini.


Selepas itu, jurulatih fizikal memberikan penerangan berkenaan dengan latihan air dan demo semasa berada di dalam kolam renang sebelum pelatih dibenarkan masuk untuk sesi latihan.




Latihan air ini tamat  pada pukul 12.00 tengahari sebelum pelatih diberi masa untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor.

Rabu, 22 Mei 2013

Khidmat Komuniti - Lawatan ke Balai Polis Daerah Sipitang

Baru-baru ini bersamaan 18 Mei, Sabtu telah dijalankan program Khidmat Komuniti ke Balai Polis Daerah Sipitang. Objektif lawatan ini antara lain ialah pendedahan berkenaan tugas-tugas Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Semua pelatih digerakkan ke Balai Polis seawal 7 pagi dengan dipantau oleh jurulatih-jurulatih Kem PLKN Mesapol. Setibanya disana, semua pelatih berkumpul di perkarangan Balai Polis Daerah Sipitang bagi mendengar beberapa slot ceramah. Antaranya ialah, ceramah Dadah daripada Cawangan Narkotik IPD Sipitang dan Ceramah Keselamatan daripada Cawangan Trafik IPD Sipitang. Selain itu,pelatih turut menyaksikan demo oleh pihak PDRM berkenaan menangani suspek yang mencurigakan semasa ditempat awam.




Pihak IPD Sipitang turut menyediakan ruang pameran yang memperlihatkan mangsa-mangsa jenayah bersama-sama dengan jenis-jenis peralatan yang sering digunakan untuk melakukan sebarang bentuk keganasan

Aktiviti yang dihadiri oleh Timb. Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes dan Peg. Penerangan Daerah Sipitang, En. Jemin Bin Pangut berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.00 tengahari.

Rata-rata pelatih teruja dengan program lawatan seumpama ini kerana mereka berpendapat aktiviti sebegini dapat memberi pendedahan yang berbeza berbanding latihan lazim di dalam kem.


Ahad, 12 Mei 2013

Malam Citra Puisi Kump.2 Siri 10/2013

Rabu lepas bersamaan 8 Mei, telah berlangsung Malam Citra Puisi sempena Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Acara ini diadakan di dewan makan dengan disaksikan oleh Timb. Komandan Pengurusan, Kapt. Mohd Amin Bin Ahmad yang diiring oleh Ketua Fasilitator Progam dari Dewan Bahasa dan Pustaka, En. Noordin Zainal Abidin.

Malam Citra Puisi tersebut menyaksikan pementasan deklamasi puisi secara solo oleh barisan 5 orang Wira dan 5 orang Wirawati dimana acara ini adalah dipertandingkan. Selain itu, pementasan puisi melalui pentomen telah menggabungkan kerjasama dari semua kompeni dengan bimbingan 3 orang jurulatih iaitu Cikgu Badron, Cikgu Jusuilin dan Cikgu Ansaruddin.





TKP dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas usaha semua pihak bagi menjayakan Malam Citra Puisi tersebut dan beranggapan persembahan pada malam itu lebih menarik berbanding kumpulan lepas.

Harapan Ketua Fasilitator semoga program yang berlangsung selama 2 hari ini mampu menanam semangat cintakan karya-karya puisi yang dihasilkan oleh karyawan negara. Semoga program seumpama ini mendapat penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Malam Citra Puisi yang berakhir tepat pada jam 10 malam itu turut menyaksikan Wira Afikh berjaya menyandang kejuaraan dalam kategori deklamasi sajak secara solo mengalahkan 9 rakan-rakannya yang lain.