Hari ini telah berlangsung sesi suaikenal pelatih bersama staf dan jurulatih yang berlangsung di dewan makan pada jam 4 petang. Seperti siri sebelumya, sesi ini bertujuan memperkenalkan barisan staf dan jurulatih kepada pelatih disamping memberi serba sedikit pendedahan berkenaan fungi dan tugas barisan staf dan jurulatih di Kem PLKN Mesapol.
Komandan dalam ucapannya semasa sesi suaikenal tersebut berharap agar pelatih dapat menjalani latihan dengan selamat dengan mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan bagi sama-sama mencapai matlamat PLKN.
Pelatih Kem PLKN Mesapol Sipitang dengan kekuatan seramai 458 setakat hari ini telah pun memulakan latihan semenjak semalam. Kali ini, pelatih kem PLKN Mesapol didatangkan dari 5 Daerah iaitu Tambunan, Ranau, Keningau, Likas, dan Kota Belud.
Selamat datang dan selamat menjalani latihan kepada semua wira dan wirawati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan