Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Rabu, 17 April 2013

Upacara Perbarisan Pembukaan Kump. 2 Siri 10/2013

Tanggal 16 April 2013, tepat jam 7.00 pagi telah berlangsung upacara Perbarisan Pembukaan bagi Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang dilangsungkan di dewan makan. Upacara yang dijalankan serentak di semua kem di seluruh negara ini dihadiri oleh semua barisan staff dan jurulatih Kem PLKN Mesapol. Kali ini, upacara perbarisan dirasmikan oleh Timbalan Komandan Pengurusan (TKP), Kapten Mohd Amin Bin Ahmad yang mewakilkan Komandan, Mejar Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman yang sedang berada diluar kem atas urusan rasmi.


TKP yang diiringi oleh Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes sempat memberikan ucapan ringkas berbentuk pesanan kepada pelatih supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan disamping menjalani latihan dengan baik dan selamat.



Sebelum itu, upacara pemakaian pangkat telah dijalankan kepada semua penghulu dan penghuluwati serta ketua-ketua kompeni. Harapan jurulatih, semoga mereka yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan kelancaran program latihan.



Selasa, 9 April 2013

Pendaftaran Pelatih Kump. 2 Siri 10/2013

Seminggu sudah sejak Latihan Khidmat Negara untuk kumpulan 2 Siri 10/2013 bermula. Pendaftaran pelatih untuk kumpulan kali ini telah bermula pada 30 Mac hingga 1 April yang lepas. Kali ini pelatih yang melapor diri datangnya dari 6 daerah yang berbeza iaitu Kota Belud, Kota Kinabalu, Keningau, Tambunan, Ranau dan Tuaran.

Terlebih dahulu pelatih yang tiba di kem diberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan proses pendaftaran yang bakal berlangsung bermula dari pembahagian No. ID dan kompeni sehinggalah pemberian barangan logistik seperti tuala, pakaian dan kelengkapan lain yang digunakan sepanjang sesi latihan. Taklimat ini bagi melancarkan proses pendaftaran yang berlangsung di sekitar dewan makan.





Kerjasama dari pihak pengurusan dan jurulatih semasa sesi pendaftaran adalah sangat baik dan memudahkan lagi proses pendaftaran yang memakan masa yang panjang pada ketiga-tiga hari tersebut.

Kapt. Amin juga turun padang untuk melihat sendiri perjalanan proses pendaftaran pelatih.


Setakat hari ini jumlah pelatih yang sedang menjalani latihan di kem ini adalah seramai 426 orang yang terdiri daripada 227 orang wira dan 199 orang wirawati. Kemungkinan jumlah ini akan mencatat perubahan dengan pertambahan pelatih sukarelawan dalam masa terdekat. Apapun, selamat berkhidmat untuk negara kami ucapakan!


Ahad, 7 April 2013

Sambutan Hari Jadi Staff dan Jurulatih Bulan Mac dan Apr 2013

Baru-baru ini bersamaan 5 April 2013, satu acara yang dipanggil 'Small Gathering' telah diadakan bagi meraikan staff dan jurulatih yang menyambut ulang tahun yang jatuh pada bulan Mac dan April 2013. Acara kecil-kecilan yang diadakan pada masa minum petang ini dihadiri oleh semua staff dan jurulatih disamping mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja warga kem PLKN Mesapol ini.




Sambutan hari jadi yang melibatkan Komandan Mejar Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman yang turut menyambut ulang tahunnya pada 28 Mac baru-baru ini turut disertai oleh 2 orang staf dan 5 orang jurulatih. Komandan juga sempat menyampaikan ucapan ringkas beliau dengan harapan acara seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Acara sambutan harijadi ringkas ini adalah bagi meraikan pegawai, staf dan jurulatih seperti berikut:

1. Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman
2. PW 2 TerrencePaulus Ignetius
3. Sjn Saat bin Nin
4. Cikgu Nidzam bin Sabian
5. Cikgu Suhaini bt Jalimin
6. Cikgu Suzilawati bt Manap
7. Cikgu Norismawati bt Al Fauzi




Selesai upacara memotong kek, semua staff dan jurulatih menjamu minum petang disamping upacara cabutan  undi bagi menentukan pasangan sempena acara pertandingan badminton tertutup yang akan diadakan tidak lama lagi. Acara pertandingan badminton ini akan melibatkan semua staff dan jurulatih dengan tujuan yang sama untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan warga kerja kem.

Pasangan manakah yang bakal merebut gelaran juara untuk kejohanan kali ini? Kita tungguuu.