Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Khamis, 27 September 2012

Perasmian Pembukaan Kumpulan 3 Siri 9/2012


Pada hari Isnin yang lalu, 24 September 2012, Upacara Perasmian Pembukaan Kumpulan 3 Siri 9/2012 telah diadakan serentak disemua kem PLKN seluruh Malaysia. Bagi Kem PLKN Mesapol, walaupun hujan turun pada pagi tersebut, upacara tetap diadakan dengan penuh protokol sebagaimana lazimnya di Dewan Makan.




Upacara ini dimulakan dengan ketibaan Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Amin Bin Ahmad bagi mewakili Komandan yang tidak dapat hadir atas urusan penting di Semenanjung. Turut menyempurnakan upacara ialah Timbalan Komandan Latihan, Pn. Cik Iira Ida Joanes, barisan staf pengurusan dan jurulatih.


Selepas itu, lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Khidmat Negara dinyanyikan beramai-ramai oleh warga dewan.

Pada hari tersebut, satu upacara wajib iaitu pemakaian pangkat kepada Penghulu dan Penghuluwati telah disempurnakan sebagai simbolik kepada tanggungjawab yang bakal digalas oleh barisan wira dan wirawati yang telah dilantik.



Timbalan Komandan juga sempat memberi ucapan dan menyampaikan amanat daripada Komandan yang dibacakan kepada semua pelatih.


Harapan semua pihak kem semoga pelatih dapat menjalani latihan dengan selamat disamping mendapat manfaat yang mampu disebarluaskan kelak.

Persediaan Kelas oleh Jurulatih Multiskill

Sebagai persediaan bagi menghasilkan nilai-nilai positif dari dalam diri setiap pelatih, persediaan rapi perlu dilaksanakan. Bagi pihak jurulatih Multiskill, setiap hari sebelum sesi pembelajaran dalam kelas bermula, sesi ‘Grounding’ akan dilaksanakan sebagai penyelarasan aktiviti yang akan disampaikan.

Perbincangan berkenaan topik yang akan disampaikan
di dalam kelas pada hari tersebut.
Setelah selesai pembelajaran didalam kelas, semua jurulatih sekali lagi akan berkumpul di Markas bagi membincangkan sejauh mana keberkesanan pelaksaan aktiviti di dalam kelas dijalankan. Sesi ini disebut sebagai 'Debrief'. Disini, segala permasalahan akan dibincangkan bersama bagi memastikan pelatih menampilkan yang terbaik di akhir latihan.

Tidak cukup dengan itu, barisan jurulatih Multiskill turut melakukan 'Process Learning Cycle' (PLC) sebagai latihan sebelum pelaksanaan aktiviti kelas pada keesokan harinya.

PLC yang dijalankan oleh Cikgu Ong. Siapa kata orang bukan Melayu tidak mampu
menjadi jurulatih yang bagus?

Perbincangan bersama bagi tajuk Jejari Helium
Usaha demi usaha bagi tujuan pemantapan sering dilakukan tanpa mengira waktu dan penat lelah. Cuma satu yang diharapkan, membentuk modal insan yang cemerlang!

Khamis, 20 September 2012

Pembentukan Pasukan Kump. 3 Siri 9/2012


Seperti mana lazimnya, diawal permulaan sesi latihan di setiap kem PLKN seluruh Malaysia, pembentangan bagi Pembentukan Pasukan (sebelum ini dikenali sebagai Kontrak Kita Janji) akan dilaksanakan dihadapan Komandan, Timb. Komandan (Pengurusan), Timb. Komandan (Latihan) dan barisan Jurulatih.


Kem PLKN Mesapol turut melaksanakan Pembentukan Pasukan pada Selasa yang lepas dimana setiap kompeni akan membentangkan matlamat kumpulan termasuklah strategi dan maksud disebalik pemilihan rekabentuk bendera mereka.

Fast Fanco dari Kompeni Alpha


LEUNIPE dari Kompeni Bravo



LIJAH - KREW 30 dari Kompeni Charlie





PERKASA dari Kompeni Delta



Sesi yang dilaksanakan di dewan makan, mendapat sorakan gemuruh sebaik soalan-soalan berkenaan bendera mereka diutarakan oleh ahli pasukan lain. Masing-masing ingin mempertahankan apa yang mereka telah lakukan disamping mahu mendapat sokongan daripada semua pihak.


Sebaik selesai pembentangan Pembentukan Pasukan, Timb. Komandan Latihan iaitu Puan Cik Iira Ida Joanes menyampaikan sedikit ulasan berkenaan hasil pembentangan setiap ahli kumpulan. Bagi meningkatkan motivasi pelatih barisan jurulatih turut dijemput naik ke pentas bagi mempersembahkan sorakan kumpulan masing-masing.

TKL memberikan sedikit ulasan

Apa yang diharapkan, semoga apa yang telah dibincangkan sebagai matlamat dan strategi mereka sepanjang sesi latihan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.