Sebagai persediaan bagi
menghasilkan nilai-nilai positif dari dalam diri setiap pelatih, persediaan
rapi perlu dilaksanakan. Bagi pihak jurulatih Multiskill, setiap hari sebelum
sesi pembelajaran dalam kelas bermula, sesi ‘Grounding’ akan dilaksanakan sebagai
penyelarasan aktiviti yang akan disampaikan.
Perbincangan berkenaan topik yang akan disampaikan di dalam kelas pada hari tersebut. |
Setelah selesai pembelajaran didalam kelas, semua jurulatih sekali lagi akan berkumpul di Markas bagi membincangkan sejauh mana keberkesanan pelaksaan aktiviti di dalam kelas dijalankan. Sesi ini disebut sebagai 'Debrief'. Disini, segala permasalahan akan dibincangkan bersama bagi memastikan pelatih menampilkan yang terbaik di akhir latihan.
Tidak cukup dengan itu, barisan jurulatih Multiskill turut melakukan 'Process Learning Cycle' (PLC) sebagai latihan sebelum pelaksanaan aktiviti kelas pada keesokan harinya.
PLC yang dijalankan oleh Cikgu Ong. Siapa kata orang bukan Melayu tidak mampu menjadi jurulatih yang bagus? |
Perbincangan bersama bagi tajuk Jejari Helium
|
Usaha demi usaha bagi tujuan pemantapan sering dilakukan tanpa mengira waktu dan penat lelah. Cuma satu yang diharapkan, membentuk modal insan yang cemerlang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan