Tahun 2013 menyaksikan Kem PLKN
Mesapol menerima jumlah pelatih yang paling ramai setakat ini yang pernah
direkodkan berbanding 5 kumpulan yang lepas.
Pelatih yang terpilih untuk
menjalani latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Mesapol mula melapor diri pada 3
Januari hingga 5 Januari 2013 yang lepas. Pelatih kali ini terdiri dari mereka yang
berasal dari Kota Belud, Tambunan, Kota Kinabalu, Keningau dan Ranau.
Pendaftaran yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut ini dengan jumlah
pelatih yang ramai memerlukan barisan jurulatih dan staf pengurusan sibuk
dengan proses pendaftaran. Apapun, perancangan yang teliti telah diatur bagi
memastikan kelancaran proses pendaftaran terutama dibahagian logistik.
Setakat ini, jumlah pelatih yang
berjaya melapor diri adalah seramai 472 orang yang terdiri dari 256 orang Wira
dan 216 orang Wirawati.
Ikuti paparan gambar dibawah
sepanjang proses penerimaan pelatih Kumpulan 1 Siri 10/2013;
Pembahagian No. ID dan Kompeni
Pemeriksaan beg pelatih
Taklimat daripada Ketua Jurulatih Fizikal kepada barisan pelatih
Jumlah pelatih yang ramai... penuh satu dewan!
Kepada semua barisan jurulatih diseluruh kem di Malaysia, selamat berkhidmat untuk Negara!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan