Sempena
hari bersejarah yang penuh barakah dan murni bagi memperingati kelahiran
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, satu ceramah bagi mengimbas kembali dan
menyuburkan ingatan terhadap baginda telah diadakan pada 24 Jan 2013 jam 6
petang bertempat di Masjid Mesapol, Sipitang, Sabah.
Penglibatan staf, jurulatih dan pelatih PLKN Kem PLKN Mesapol adalah seramai 250 orang didalam majlis tersebut. Majlis pada hari berkenaan dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah bersama penduduk kampung sekitar Mesapol. Sejurus selepas sembahyang berjemaah, acara ceramah telah dimulakan. Penceramah pada malam tersebut adalah YBhg Datuk Norkasah, dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAINS), Kota Kinabalu. Selain dari warga Kem PLKN Mesapol, barisan AJK Masjid Mesapol dan penduduk sekitarnya, jemputan-jemputan lain juga turut hadir. Kem PLKN Mesapol diketuai oleh Komandan Kem iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dengan diiringi oleh Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Amin bin Ahmad.

Sembahyang
Isyak secara berjemaah diadakan sejurus tamat ceramah tersebut. Majlis sambutan
maulidur rasul ini diakhiri dengan jamuan di perkarangan masjid secara
berami-ramai sekitar jam 9.30 malam.
Semoga
ceramah seumpama ini dapat menyubur segarkan ingatan kita semua kepada
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta ajaran Islam yang dibawanya sehingga
kehari ini. Sesungguhnya kita semestinya bersyukur kerana tergolong dalam agama
suci Islam yang telah dibawa dan disebarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Menyuburkan sambutan Maulidur Rasul ini adalah seumpama membesarkan ajaran
Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan