Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Jumaat, 1 November 2013

Malam Seribu Kenangan Kump. 3 Siri 10/2013

Setelah 12 minggu Wira dan Wirawati menjalani latihan khidmat negara, mereka telah diraikan pada Malam Akrab yang telah diubahsuai namanya iaitu Malam Seribu Kenangan. Penyelaras Malam Seribu Kenangan pada kali ini ialah cikgu Angelina dan cikgu Abd Sallam. Kali ini mereka membawakan tema merah putih bagi menaikkan seri Malam Seribu Kenangan tersebut.

Acara yang bermula pada pukul 8.20 malam dengan ketibaan Komandan kem Mejar Mohd Fadzil Hj Ngadiman. Perasmian pada malam itu disempurnakan dengan pukulan gong oleh Komandan sebanyak 5 kali.

Pukulan gong sebanyak 5 kali oleh Komandan kem

Meriah dengan tema merah putih

Malam itu dimeriahkan dengan persembahan dari setiap kompeni yang membawa tema kebudayaan berbeza iaitu Kompeni Alpha dengan tema kebudayaan Cina, Kompeni Bravo dengan tema kebudayaan India, Kompeni Charlie dengan tema Kadazan-Dusun-Murut manakala Kompeni Delta dengan tema kebudayaan Melayu Asli. Pelatih kelihatan berseronok membuat persembahan masing-masing disamping pengacara majlis yang melucukan penonton dengan lawak bersahaja mereka. 

Persembahan Kompeni Charlie

Persembahan Kompeni Delta


Persembahan Kompeni Alpha

Tidak ketinggalan persembahan karaoke dari tuan Komandan dengan dendangan 2 buah lagu iaitu Kehilangan dan  Sudah Cukup Sudah yang dipopularkan oleh Firman dan Nirwana Band.

Nyanyian karaoke dari Komandan

Selain itu, persembahan khas oleh barisan jurulatih dan Komandan kem telah menyentuh hati ramai pelatih dengan dendangan lagu Biarku Menjadi Lilin. Kelihatan ramai diantara mereka menitiskan airmata mendengarkan luahan menerusi lagu tersebut yang diselang-selikan dengan deklamasi sajak.

Diakhir majlis, semua Wira dan Wirawati bersalam-salaman dengan barisan jurulatih dan staf pengurusan sebagai tanda perpisahan. 

Riak wajah pelatih semasa bersalaman dengan jurulatih

Sabtu, 5 Oktober 2013

Promosi PLKN di SMK Sindumin Sipitang

Baru-baru ini pihak Kem PLKN Mesapol telah melakukan promosi PLKN di Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin Sipitang pada 1 Oktober 2013 bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

Antara yang terlibat bagi menjayakan promosi ialah Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes dan dibantu oleh 10 orang jurulatih Multiskill. Objektif utama promosi ini ialah bagi menarik minat pelajar sekolah untuk menyertai PLKN selepas tamat tingkatan 5 bagi melahirkan generasi muda yang berketrampilan disamping memupuk semangat patriotisme selaras dengan pelaksanaan modul-modul latihan yang telah disediakan.

Seramai hampir 100 orang pelajar dari sekolah tersebut telah menghadirkan diri dalam taklimat berkenaan PLKN yang disampaikan sendiri oleh Cik Puan Iira Ida Joanes. Apa yang menariknya, bagi sesi memperagakan pakaian uniform Wira dan Wirawati, jurulatih multiskill telah memilih secara rawak dari kalangan pelajar sekolah itu sendiri sebagai model peragaan. Selain itu, sesi soal jawab turut dijalankan terhadap pelajar berkenaan taklimat PLKN yang telah disampaikn disamping memberikan sedikit cenderahati kepada pelajar yang berjaya menjawab setiap soalan dengan betul.

Maklumbalas mendapati, rata-rata pelajar yang mendengar taklimat berkenaan PLKN menyatakatan hasrat untuk menyertai PLKN selepas menamatkan SPM nanti.

Pelajar turut dihiburkan dengan gerak tari lagu-lagu patriotik yang dipersembahkan oleh barisan jurulatih multiskill dan bagi mengabadikan kenangan sepanjang promosi dijalankan, sesi fotografi telah dijalankan sebelum aktiviti ditamatkan.

Bagi pihak Kem PLKN Mesapol, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Sindumin kerana telah menyambut baik kedatangan pihak kami bagi menjayakan promosi kali ini.

Sabtu, 14 September 2013

Mini Raya Kem PLKN Mesapol

Walaupun bulan Syawal telah berlalu, namun Kem PLKN Mesapol hanya berpeluang meraikan majlis serba ringkas yang disebut Mini Raya semalam. Majlis ini yang dihadiri oleh Komandan, Mejar Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman bersama-sama dengan semua staf dan jurulatih diadakan di dewan makan pada jam 10 pagi dengan jenis hidangan yang pelbagai. 




Komandan sempat memberikan sepatah dua kata dalam majlis itu sambil menyatakan penghargaan kepada semua staf dan jurulatih yang sudi menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan. Majlis ini antara lain bertujuan mengeratkan silaturrahim disamping hajat Komandan untuk meraikan setiap perayaan yang disambut di Malaysia di peringkat kem.




Apapun, syabas diucapkan untuk kerjasama padu semua pihak.