Setelah 12 minggu Wira dan Wirawati menjalani latihan khidmat negara, mereka telah diraikan pada Malam Akrab yang telah diubahsuai namanya iaitu Malam Seribu Kenangan. Penyelaras Malam Seribu Kenangan pada kali ini ialah cikgu Angelina dan cikgu Abd Sallam. Kali ini mereka membawakan tema merah putih bagi menaikkan seri Malam Seribu Kenangan tersebut.
Acara yang bermula pada pukul 8.20 malam dengan ketibaan Komandan kem Mejar Mohd Fadzil Hj Ngadiman. Perasmian pada malam itu disempurnakan dengan pukulan gong oleh Komandan sebanyak 5 kali.
Pukulan gong sebanyak 5 kali oleh Komandan kem
Meriah dengan tema merah putih
Malam itu dimeriahkan dengan persembahan dari setiap kompeni yang membawa tema kebudayaan berbeza iaitu Kompeni Alpha dengan tema kebudayaan Cina, Kompeni Bravo dengan tema kebudayaan India, Kompeni Charlie dengan tema Kadazan-Dusun-Murut manakala Kompeni Delta dengan tema kebudayaan Melayu Asli. Pelatih kelihatan berseronok membuat persembahan masing-masing disamping pengacara majlis yang melucukan penonton dengan lawak bersahaja mereka.
Persembahan Kompeni Charlie
Persembahan Kompeni Delta
Persembahan Kompeni Alpha
Tidak ketinggalan persembahan karaoke dari tuan Komandan dengan dendangan 2 buah lagu iaitu Kehilangan dan Sudah Cukup Sudah yang dipopularkan oleh Firman dan Nirwana Band.
Nyanyian karaoke dari Komandan
Selain itu, persembahan khas oleh barisan jurulatih dan Komandan kem telah menyentuh hati ramai pelatih dengan dendangan lagu Biarku Menjadi Lilin. Kelihatan ramai diantara mereka menitiskan airmata mendengarkan luahan menerusi lagu tersebut yang diselang-selikan dengan deklamasi sajak.
Diakhir majlis, semua Wira dan Wirawati bersalam-salaman dengan barisan jurulatih dan staf pengurusan sebagai tanda perpisahan.
Riak wajah pelatih semasa bersalaman dengan jurulatih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan