Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 5 Oktober 2013

Promosi PLKN di SMK Sindumin Sipitang

Baru-baru ini pihak Kem PLKN Mesapol telah melakukan promosi PLKN di Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin Sipitang pada 1 Oktober 2013 bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

Antara yang terlibat bagi menjayakan promosi ialah Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes dan dibantu oleh 10 orang jurulatih Multiskill. Objektif utama promosi ini ialah bagi menarik minat pelajar sekolah untuk menyertai PLKN selepas tamat tingkatan 5 bagi melahirkan generasi muda yang berketrampilan disamping memupuk semangat patriotisme selaras dengan pelaksanaan modul-modul latihan yang telah disediakan.

Seramai hampir 100 orang pelajar dari sekolah tersebut telah menghadirkan diri dalam taklimat berkenaan PLKN yang disampaikan sendiri oleh Cik Puan Iira Ida Joanes. Apa yang menariknya, bagi sesi memperagakan pakaian uniform Wira dan Wirawati, jurulatih multiskill telah memilih secara rawak dari kalangan pelajar sekolah itu sendiri sebagai model peragaan. Selain itu, sesi soal jawab turut dijalankan terhadap pelajar berkenaan taklimat PLKN yang telah disampaikn disamping memberikan sedikit cenderahati kepada pelajar yang berjaya menjawab setiap soalan dengan betul.

Maklumbalas mendapati, rata-rata pelajar yang mendengar taklimat berkenaan PLKN menyatakatan hasrat untuk menyertai PLKN selepas menamatkan SPM nanti.

Pelajar turut dihiburkan dengan gerak tari lagu-lagu patriotik yang dipersembahkan oleh barisan jurulatih multiskill dan bagi mengabadikan kenangan sepanjang promosi dijalankan, sesi fotografi telah dijalankan sebelum aktiviti ditamatkan.

Bagi pihak Kem PLKN Mesapol, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Sindumin kerana telah menyambut baik kedatangan pihak kami bagi menjayakan promosi kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan