Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 21 Oktober 2012

Perbarisan Komandan Kump. 3 Siri 9/2012

Antara upacara wajib bagi setiap kumpulan Latihan Khidmat Negara ialah Perbarisan Komandan. Bagi peringkat Kem PLKN Mesapol sendiri, tarikh 16 Oktober baru-baru ini dipilih bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Upacara dimulakan dengan ketibaan Komandan, Mejar Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman yang disambut oleh TKL, Puan Cik Iira Ida Joanes.

Ceria bersemangat wajah Tuan Komandan untuk menyempurnakan upacara

Upacara Perbarisan Komandan yang diketuai oleh TKP, Kapten Mohd Amin Bin Ahmad dimulakan dengan tabik hormat dan nyanyian 3 lagu wajib iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Khidmat Negara dilakukan sebaiknya sebelum Komandan yang diiringi oleh TKP dan TKL bergerak bagi pemeriksaan barisan setiap pelatih.

TKL segak mengepalai Perbarisan Komandan pagi itu.


Wirawati Charlie yang ditugaskan menaikkan bendera.

TKP melapor jumlah kekuatan dalam baris sebelum mengiringi Komandan bagi membuat pemeriksaan barisan.


Kekemasan dalam pemakaian amat dititikberatkan oleh Komandan.



Barisan Jurulatih turut diperiksa.

Sebaik selesai melaksanakan upacara pemeriksaan barisan, Komandan menyampaikan ucapan dimana antara mesej penting yang disampaikan ialah supaya pelatih dapat mengawal tingkah laku yang tidak elok sepanjang menjalani latihan. Beliau turut mengingatkan agar tiada perbalahan berlaku sesama mereka yang boleh mengakibatkan kecederaan. Hal ini penting bagi membentuk jati diri yang tinggi didalam diri.

Tenang dalam menyampaikan amanat kepada semua pelatih.

Dikesempatan ini, sesi fotografi bagi setiap Kompeni bersama Jurulatih diadakan sebagai tanda kenangan. Antara sesi fotografi kegemaran Komandan ialah fotogragi beramai-ramai berbentuk triangle.

Kompeni Alpha

Kompeni Bravo

Kompeni Charlie

Kompeni Delta

Barisan Staf Pengurusan dan Jurulatih.

Sesuatu untuk dikenang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Ceramah AIDS / HIV

Aktiviti : Ceramah AIDS / HIV
Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 08.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Makan Kem PLKN Mesapol
Penglibatan : Wakil Jabatan Kesihatan Sipitang dan semua Pelatih

Pada tanggal 11 Oktober 2012 bertempat di Dewan Makan, Kem PLKN Mesapol, Sipitang telah berlangsung Ceramah Pendidikan Pencegahan HIV dan Aids yang telah disampaikan oleh Pn. Norazlina bt Hj Majid, Staf Jabatan Kesihatan, Sipitang, Sabah.

Lebih 20 orang staf dan jurulatih telah menghadiri Ceramah ini dan selainnya dipenuhi dengan para pelatih PLKN Mesapol khususnya bagi Kumpulan 3 Siri 9/2012. Majlis telah berjalan dengan lancar dan pengisian yang disampaikan oleh Pn. Norazlina amat berkesan sekali memandangkan ianya disampaikan oleh seorang yang berpengalaman dan staf Jabatan Kesihatan sendiri.

Dari sesi soal jawab, dapat disimpulkan bahawa pelatih memahami dan sedar akan pentingnya pengetahuan dan pendidikan berkaitan HIV dan Aids. Ada antara pelatih yang hadir mencadangkan supaya ceramah yang sama diadakan lagi pada kumpulan hadapan kerana ianya amat berguna dan relevan dalam suasana pergaulan muda mudi sekarang.

Pelatih sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil Jabatan Kesihatan



Tayangan slide juga diadakan bagi menambahkan lagi pemahaman kepada pelatih



Ada yang kali pertama mengetahui tentang AIDS dan HIV



Penerangan yang jelas oleh wakil dari Jabatan Kesihatan Sipitang



Cikgu Bard dan Cikgu Ghaffar... Antara Jurulatih yang memantau perjalanan ceramah pada hari tersebut

Refleksi Modul Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja

Pada tanggal 5 Oktober yang lepas, Modul Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja telah selamat disampaikan kepada pelatih Kem PLKN Mesapol.

Bagi memastikan pelatih benar-benar memahami kandungan modul yang telah disampaikan, jurulatih Multiskill yang menggelarkan diri mereka sebagai Permata Team telah bercadang melakukan sesi refleksi dimana semua pelatih dan jurulatih Multiskill berkumpul di Dewan Makan pada 7 Oktober yang lepas. Menerusi sesi ini, pelatih sekali lagi berpeluang merasai detik-detik seperti ketika berada di dalam kelas dimana In Song telah dimainkan dan pelatih diminta duduk sebelum muzik berakhir.

Sesi dimulakan dengan aktiviti Gerak Ceria yang diketuai oleh Cikgu Mat Kimon (dikenali sebagai cikgu Awan).

Aktiviti Gerak Ceria

Sebaik selesai, wakil bagi setiap kelas diminta tampil untuk menyatakan sejauh mana keberkesanan pembelajaran di dalam kelas pada mereka.

Aktiviti utama dalam sesi ini adalah pelaksanaan kuiz secara lisan dimana 30 soalan telah dibentuk yang berkenaan Modul Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja. Dalam aktiviti ini, setiap kelas bertanding bagi mengumpul markah yang paling banyak. Hadiah berupa hamper turut ditawarkan bagi memotivasikan pelatih.

Sesi Kuiz dikendalikan oleh cikgu Alyas (dikenali sebagai Qhy)


Pelatih sedang mendengan taklimat



Pelatih wirawati kelihatan ceria

Diakhir sesi ini menyaksikan kelas PK 2 menjuarai pertandingan di mana Wira terbaik disandang oleh Penghulu iaitu Wira Hayat. Manakala Wirawati Linda merangkul hadiah Wirawati terbaik. Pemilihan Wira dan Wirawati terbaik adalah berdasarkan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kuiz berlangsung.

Wira terbail, Pelatih Hayat


Wirawati terbaik... Pelatih Linda


Wakil PK 2 yang menjuarai sesi Kuiz Modul Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja. Syabas!

Melihat kesungguhan setiap pelatih menjawab soalan yang dilontarkan membolehkan barisan jurulatih menarik nafas lega diatas pemahaman mereka berkenaan Modul yang telah disampaikan.

Barisan Jurulatih Multiskill dengan gelaran Permata Team, turut hadir memberi sokongan