Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 9 Mac 2013

Program Derma Darah

Hari ini tepat pada jam 9.00 pagi, satu lagi program dibawah pelaksanaan Modul Khidmat Komuniti iaitu Program Derma Darah telah dijalankan di dewan makan Kem PLKN Mesapol Sipitang. 


Program Derma Darah yang mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Daerah Sipitang ini telah menerima sambutan baik dari pelatih. Seramai lebih dari 100 orang pelatih yang sudi untuk menderma darah dan membuat pendaftaran sejak awal penghebahan berkenaan program ini. Namun, sebaik menjalani pemeriksaan kesihatan, seramai 23 orang Wira, 11 orang Wirawati yang layak menderma darah. Manakala yang lain mendapat kekangan daripada faktor kesihatan selain faktor umur yang belum mencecah 18 tahun. Rata-rata yang tidak layak menderma menyuarakan rasa kecewa terlepas peluang merasai pengalaman menderma darah.

  
                           
Suasana ketika pelaksanaan program derma darah

Mimik wajah lucu Penolong Kapten Wira Bravo, Acai 


Selain daripada pelatih, program ini turut mendapat sambutan dari kalangan jurulatih, staf pengurusan dan operator dewan makan. Seramai 2 orang jurulatih, 4 orang staf pengurusan dan 2 orang operator dewan makan yang layak dan sudi menderma darah. Jumlah ini menjadikan seramai 43 warga kem PLKN Mesapol yang telah menderma darah pada hari ini sekaligus mencatat peningkatan berbanding kumpulan lepas.

Program ini tamat pada pukul 2.30 petang. Hasil dari maklum balas yang memberangsangkan, program ini bakal diteruskan pada siri kumpulan akan datang. Kepada semua yang telah menderma, syabas kami ucapkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan