Setelah lebih sebulan menjalani
latihan PLKN, kini tibalah giliran antara latihan yang paling digemari dan
ditunggu-tunggu oleh pelatih khususnya Kump 1 Siri 10/2013 iaitu pengendalian senjata Colt M16. Selama 3 hari
berturut-turut yang bermula 25 Feb hingga 27 Feb 2013, pelatih Kumpulan 1 Siri
10 / 2013 ini telah dibawa ke Kem Paradise, Kota Belud untuk menjalani latihan
ini.
Latihan menembak yang disaksikan
sendiri oleh Komandan, Mejar Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman ini ternyata berjalan
lancar tanpa sebarang masalah. Penyelaras Latihan Menembak, Cikgu Sharom dan
Cikgu Sheilla berkata, latihan menembak kali ini jauh lebih bersistematik jika
dibandingkan dengan kumpulan lepas.
Tidak ketinggalan bagi memastikan
keadaan berjalan lancar dan selamat ialah, Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan
Iira Ida Joanes yang turun padang sepanjang sesi latihan dijalankan.
Latihan teori
menembak telah dilaksanakan sehari sebelum latihan menembak sebenar dijalankan. Latihan
teori menembak ini yang mendapat kerjasama Markas 5 Briged, Tentera Darat Malaysia diadakan di
sekitar padang kawad pada hari Ahad bersamaan 24 Februari 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan