Seperti mana lazimnya, bagi menghargai komitmen pelatih sepanjang sesi latihan, majlis Malam Akrab akan diadakan dimana pelatih akan berhibur sebelum berpisah dengan rakan-rakan dan barisan jurulatih. Untuk siri kali ini, majlis Malam Akrab ada sedikit kelainannya dimana majlis ini digabungkan dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bagi menghargai pelatih yang beragama Buddha.
Ketibaan Komandan tepat pukul 8.30 malam yang diiringi oleh Timbalan Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes telah disambut dengan Lion Dance yang didatangkan khas dari Persatuan Buddha daerah Sipitang. Selepas ucapan ringkas Komandan, beliau telah diminta memukul gendang Cina sebagai simbolik pembuka acara malam itu.
Dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina yang ringkas ini, pelatih yang beragama Buddha tampil dengan pelbagai jenis persembahan yang menghiburkan, antaranya persembahan koir, nyanyian solo, Wushu, Sketsa, Tarian Kipas dan Lion Dance. Majlis sambutan Tahun Baru Cina selesai pada pukul 9.30 dimana acara bagi majlis Malam Akrab mengambil tempat untuk menghiburkan penonton.
Persembahan Wushu
Persembahan Tarian Kipas
Persembahan Lion Dance yang meriuhkan suasana majlis.
Majlis Malam Akrab yang mempunyai agendanya tersendiri telah menampilkan persembahan kreatif dari Wira Bravo dengan tajuk persembahannya, 'Tarian Orang Kerdil'. Rata-rata penonton bersorak sebaik persembahan mereka mengungguli pentas disebabkan idea kreatif yang mencuri perhatian itu. Seterusnya, penonton juga dihiburkan dengan persembahan terbaik sempena program PPSB yang telah dijalankan pada bulan lepas selain persembahan nasyid dan nyanyia karaoke.
Tarian Orang Kerdil dari Wira Bravo
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian hadiah bagi pemenang setiap acara Karnival Sukan, pemenang Pengurusan Dorm Penginapan Terbaik dan penyampaian hamper kepada Kompeni Terbaik. Seterusnya tidak ketinggalan ialah penyerahan sijil kepada Ketua-ketua kompeni yang disusuli dengan penyerahan bendera kompeni kepada Komandan.
Acara penyampaian hadian bagi Kompeni Terbaik
Acara penyerahan bendera simbolik tamat latihan
Sebelum majlis berakhir, barisan jurulatih sempat menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Najwa Latif dan Sleeq yang bertajuk 'Sahabat'. Selain itu turut dipersembahkan ialah, gerak tari lagu I am For You dan lagu Bila Diri Disayangi.
Majlis berakhir pada pukul 11.30 malam dengan tangisan pilu Wira dan Wirawati yang akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing meninggalkan kem latihan dengan seribu satu kenangan.
Dari kami barisan jururlatih dan staf pengurusan, semoga kamu berjaya mencapai cita-cita.
Datang dengan paksaan, pulang dengan kenangan..