Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 16 Februari 2013

Program My Beautiful Malaysia Day

Program My Beautiful Malaysia Day yang telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 3 Februari 2013 yang lalu telah menyaksikan penglibatan Kem PLKN Mesapol bersama-sama warga Daerah Sipitang dimana pelatih-pelatih kem ini yang terdiri seramai 284 orang pelatih telah turun membanjiri Stadium Bola Sepak Daerah Sipitang yang dipantau oleh beberapa orang jurulatih PLKN. Program anjuran Majlis Daerah Sipitang ini adalah seiring dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan budaya kesukarelaan dikalangan warga Malaysia. Dianggarkan seramai 4000 orang pengunjung telah hadir bagi menjayakan program ini yang turut dihadiri oleh warga tua, muda, belia dan murid-murid sekolah di sekitar Daerah Sipitang.

Sambutan bagi peringkat Daerah Sipitang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Bujang, ADUN Sindumin, telah mendapat sambutan masyarakat setempat sejak seawal jam 7.00 pagi. Turut hadir didalam program ini ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Aktiviti mengecat astaka dan membersihkan kawasan padang bola sepak telah dilakukan oleh pelatih dari Kem PLKN Mesapol. Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka ini sekaligus memberi tanggapan positif terhadap Program Latihan Khidmat Negara itu sendiri. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama masyarakat setempat daerah Sipitang antaranya senam aerobik, sukaneka, cabutan bertuah, jelajah 4x4 dan pelbagai acara menarik lagi..

Program My Beautiful Malaysia Day Daerah Sipitang ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dan pergerakan balik pelatih ke kem menggunakan bas telah mendapat pemantauan baik dari barisan jurulatih kem ini.

Syabas untuk semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan