Pada 5 Februari 2013 yang lepas, telah berlangsung kemuncak Malam Citra Puisi sempena Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) yang mendapat kerjasama dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kem PLKN Mesapol telah mendapat pemantauan dari Encik Nordin Bin Zainal Abidin selaku Ketua Fasilitator dari Dewan Bahasa dan Pustaka. sepanjang 2 hari program itu berlangsung yang bermula sejak 4 Februari hingga 5 Februari 2013.
Disepanjang tempoh itu pelatih yang terdiri dari 4 buah Kompeni mendapat rujukan dari 4 orang jurulatih iaitu cikgu Badron (Kompeni Alpha), cikgu Yulie (Kompeni Bravo), cikgu Suriani (Kompeni Charlie) dan cikgu Jusuilin (Kompeni Delta). Setiap kompeni diminta mementaskan 2 puisi moden dan tradisional untuk peringkat kumpulan manakala persembahan solo untuk puisi moden yang dipilih. Setiap persembahan adalah dinilai sendiri oleh Encik Nordin.
Malam Citra Puisi yang telah dihadiri oleh Timbalan Komandan Pengurusan iaitu Kapt Mohd Amin B. Ahmad dan Timbalan Komandan Latihan iaitu Cik Puan Iira Ida Joanes serta barisan jurulatih berjaya mencuit hati penonton dengan setiap persembahan yang sangat kreatif dan menarik dari barisan pelatih.
Program yang diadakan di dewan makan ini berlangsung sehingga pukul 10 malam. Pemenang bagi kategori berkumpulan telah dirangkul oleh Kompeni Delta manakala kategori solo telah diungguli Kompeni Bravo yang diwakili oleh wira yang mesra dengan panggilan Acap.
Menang atau kalah bukanlah matlamat utama program ini tapi apa yang lebih penting ialah penghayatan wira dan wirawati terhadap satu lagi khazanah negara iaitu Kesusasteraan Melayu yang tidak patut luput dek zaman. Semoga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan