Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 26 Januari 2013

Karnival Sukan Kump 1 Siri 10/2013

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kem PLKN Mesapol selain aktiviti latihan lazim yang telah ditetapkan oleh JLKN ialah Karnival Sukan. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat setiakawan disamping melahirkan warga pelatih yang cergas dan sihat sekaligus menyumbang kepada kecerdasan mental serta rohani.

Semalam bersamaan 26 Jan 2013 tepat pukul 5 petang, upacara simbolik pembukaan Karnival Sukan telah disempurnakan oleh Komandan, Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Beliau yang diiringi oleh Penyelaras Karnival Sukan, Cikgu Gaffar telah menendang bola futsal ke pintu gol sebagai tanda rasminya acara Karnival Sukan untuk kumpulan ini.

ketibaan Komandan ke gelanggang futsal

Itu diaaaa... sepakan deras simbolik pembukaan karnival sukan oleh Komandan


Detik penuh ceria ini disaksikan oleh semua pelatih yang tidak sabar-sabar untuk bermain bagi merebut kejohanan untuk Kompeni masing-masing. 


kelibat pelatih memenuhi gelanggang futsal


Terdapat 6 acara yang dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Keranjang, Bola Tampar, Ping Pong, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Acara Karnival Sukan ini akan berterusan setiap hari kecuali Khamis pada setiap jam 5-6 petang.

acara futsal kategori wirawati

acara bola tampar kategori wira

Setelah Kompeni Alpha muncul juara keseluruhan pada musim lepas, siapa pula yang merebut kejohanan pada kali ini? Tunggu...

Apapun, selamat maju jaya semua!

Jumaat, 25 Januari 2013

Ceramah Sempena Maulidur Rasul 1434H / 2013



Sempena hari bersejarah yang penuh barakah dan murni bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, satu ceramah bagi mengimbas kembali dan menyuburkan ingatan terhadap baginda telah diadakan pada 24 Jan 2013 jam 6 petang bertempat di Masjid Mesapol, Sipitang, Sabah.


Penglibatan staf, jurulatih dan pelatih PLKN Kem PLKN Mesapol adalah seramai 250 orang didalam majlis tersebut. Majlis pada hari berkenaan dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah bersama penduduk kampung sekitar Mesapol. Sejurus selepas sembahyang berjemaah, acara ceramah telah dimulakan. Penceramah pada malam tersebut adalah YBhg Datuk Norkasah, dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAINS), Kota Kinabalu. Selain dari warga Kem PLKN Mesapol, barisan AJK Masjid Mesapol dan penduduk sekitarnya, jemputan-jemputan lain juga turut hadir. Kem PLKN Mesapol diketuai oleh Komandan Kem iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dengan diiringi oleh Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Mohd Amin bin Ahmad. 







  


 

Sembahyang Isyak secara berjemaah diadakan sejurus tamat ceramah tersebut. Majlis sambutan maulidur rasul ini diakhiri dengan jamuan di perkarangan masjid secara berami-ramai sekitar jam 9.30 malam.

Semoga ceramah seumpama ini dapat menyubur segarkan ingatan kita semua kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta ajaran Islam yang dibawanya sehingga kehari ini. Sesungguhnya kita semestinya bersyukur kerana tergolong dalam agama suci Islam yang telah dibawa dan disebarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Menyuburkan sambutan Maulidur Rasul ini adalah seumpama membesarkan ajaran Islam.

Rabu, 23 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H Kem PLKN Mesapol Bagi Kump 1 Siri 10/2013

Sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi peringkat Kem PLKN Mesapol telah diadakan pada 24 Jan 2013. Acara dimulakan seawal jam 8 pagi dengan ketibaan Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dan staf-staf serta jurulatih-jurulatih kem yang beragama Islam. Sejurus ketibaan Komandan, acara dimulakan dengan perasmian majlis iaitu pemotongan riben dan seterusnya memulakan perarakan dengan membawa sepanduk-sepanduk bermula dari Pintu Masuk Utama kem menuju ke Dewan Makan kem.

 


Acara memotong reben perasmian oleh Komandan


Komandan mengetuai perarakan Maulidur Rasul

Kompeni Alpha


Kompeni Bravo

Kompeni Charlie

Kompeni Delta

Rombongan terus berarak menuju ke Dewan Makan Kem




Setibanya kumpulan perarakan di Dewan Makan, acara diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran, deklamasi sajak, Nasyid dan ucapan perasmian majlis oleh Komandan. Jamuan ringan turut disediakan bagi semua yang hadir termasuk warga kem yang bukan beragama islam. Semangat 1Malaysia jelas dapat dilihat dengan keakraban dan sambutan meriah yang diadakan dimana penglibatan warga bukan islam begitu ceria ketika bersama.








Bacaan Ayat-ayat suci Al Quran oleh pelatih wira

Deklamasi sajak 'Perjuangan Rasullah'


Deklamasi sajak oleh pelatih wirawati


Nasyid oleh kumpulan pelatih wira


Nasyid oleh kumpulan pelatih wirawati

Ucapan perasmian oleh Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman

Nyanyian Nasyid oleh pelatih wirawati


Pemenang pertandingan sepanduk sempena Maulidur Rasul... dimenangi oleh Kompeni Delta

Juri pertandingan Cikgu Alyas

Juri pertandingan Cikgu Su

Juri pertandingan Kpl Kadir (PDRM)

Juri pertandingan Cikgu Suzilah

Juri pertandingan Cikgu Badron








Sempena sambutan Maulidur Rasul, Komandan mengajak semua umat Islam Kem PLKN Mesapol memperbanyakkan selawat dan salam sebagai tanda kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW. Menurut beliau, Rasulullah SAW merupakan insan paling unggul dan hebat yang perlu menjadi ikutan dan contoh kepada umat Islam.

"Saya mendoakan sambutan Maulidur Rasul kali ini benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat sebagaimana yang dianjurkan Rasulullah SAW," katanya.
 


Cuaca yang baik dan cerah menyaksikan majlis ini dilaksanakan dengan jayanya dimana penglibatan warga islam kem ini secara keseluruhannya adalah seramai 260 orang termasuk pelatih.

Lagi gambar-gambar sekitar sambutan Maulidur Rasul peringkat Kem PLKN Mesapol di sini.