Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 21 Oktober 2012

Pentadbiran Sendiri di Hujung Minggu

Kebiasaannya, apabila tiada aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad, semua pelatih diminta melakukan pentadbiran sendiri di dalam dorm masing-masing. Waktu-waktu seperti ini dihabiskan dengan mengemas dan membersihkan seluruh kawasan dorm disamping melakukan aktiviti menceriakan dorm.

Ikuti kelibat mereka menerusi gambar di bawah;

Masa terbaik untuk mengilatkan kasut.




Beginilah antara aktiviti mereka. Kebersihan amat dititikberatkan disini.



Aktiviti keceriaan di dorm turut dilakukan.

Penghuluwati, Bellvinna Deana Jommey nampak komited melukis sesuatu untuk keceriaan dorm beliau.

Rutin sebegini sering dilakukan bagi memastikan semua pelatih dapat menjalani kehidupan yang bersih dan selesa semasa berada di kem. Selain itu, aktiviti membersihkan dorm juga dapat mewujudkan kerjasama berpasukan dikalangan mereka. Berdisiplin dalam menjaga dan mengekalkan kualiti kebersihan adalah salah satu prinsip penting di kem ini.

Perbarisan Komandan Kump. 3 Siri 9/2012

Antara upacara wajib bagi setiap kumpulan Latihan Khidmat Negara ialah Perbarisan Komandan. Bagi peringkat Kem PLKN Mesapol sendiri, tarikh 16 Oktober baru-baru ini dipilih bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Upacara dimulakan dengan ketibaan Komandan, Mejar Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman yang disambut oleh TKL, Puan Cik Iira Ida Joanes.

Ceria bersemangat wajah Tuan Komandan untuk menyempurnakan upacara

Upacara Perbarisan Komandan yang diketuai oleh TKP, Kapten Mohd Amin Bin Ahmad dimulakan dengan tabik hormat dan nyanyian 3 lagu wajib iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Khidmat Negara dilakukan sebaiknya sebelum Komandan yang diiringi oleh TKP dan TKL bergerak bagi pemeriksaan barisan setiap pelatih.

TKL segak mengepalai Perbarisan Komandan pagi itu.


Wirawati Charlie yang ditugaskan menaikkan bendera.

TKP melapor jumlah kekuatan dalam baris sebelum mengiringi Komandan bagi membuat pemeriksaan barisan.


Kekemasan dalam pemakaian amat dititikberatkan oleh Komandan.



Barisan Jurulatih turut diperiksa.

Sebaik selesai melaksanakan upacara pemeriksaan barisan, Komandan menyampaikan ucapan dimana antara mesej penting yang disampaikan ialah supaya pelatih dapat mengawal tingkah laku yang tidak elok sepanjang menjalani latihan. Beliau turut mengingatkan agar tiada perbalahan berlaku sesama mereka yang boleh mengakibatkan kecederaan. Hal ini penting bagi membentuk jati diri yang tinggi didalam diri.

Tenang dalam menyampaikan amanat kepada semua pelatih.

Dikesempatan ini, sesi fotografi bagi setiap Kompeni bersama Jurulatih diadakan sebagai tanda kenangan. Antara sesi fotografi kegemaran Komandan ialah fotogragi beramai-ramai berbentuk triangle.

Kompeni Alpha

Kompeni Bravo

Kompeni Charlie

Kompeni Delta

Barisan Staf Pengurusan dan Jurulatih.

Sesuatu untuk dikenang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Ceramah AIDS / HIV

Aktiviti : Ceramah AIDS / HIV
Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 08.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Makan Kem PLKN Mesapol
Penglibatan : Wakil Jabatan Kesihatan Sipitang dan semua Pelatih

Pada tanggal 11 Oktober 2012 bertempat di Dewan Makan, Kem PLKN Mesapol, Sipitang telah berlangsung Ceramah Pendidikan Pencegahan HIV dan Aids yang telah disampaikan oleh Pn. Norazlina bt Hj Majid, Staf Jabatan Kesihatan, Sipitang, Sabah.

Lebih 20 orang staf dan jurulatih telah menghadiri Ceramah ini dan selainnya dipenuhi dengan para pelatih PLKN Mesapol khususnya bagi Kumpulan 3 Siri 9/2012. Majlis telah berjalan dengan lancar dan pengisian yang disampaikan oleh Pn. Norazlina amat berkesan sekali memandangkan ianya disampaikan oleh seorang yang berpengalaman dan staf Jabatan Kesihatan sendiri.

Dari sesi soal jawab, dapat disimpulkan bahawa pelatih memahami dan sedar akan pentingnya pengetahuan dan pendidikan berkaitan HIV dan Aids. Ada antara pelatih yang hadir mencadangkan supaya ceramah yang sama diadakan lagi pada kumpulan hadapan kerana ianya amat berguna dan relevan dalam suasana pergaulan muda mudi sekarang.

Pelatih sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil Jabatan Kesihatan



Tayangan slide juga diadakan bagi menambahkan lagi pemahaman kepada pelatih



Ada yang kali pertama mengetahui tentang AIDS dan HIV



Penerangan yang jelas oleh wakil dari Jabatan Kesihatan Sipitang



Cikgu Bard dan Cikgu Ghaffar... Antara Jurulatih yang memantau perjalanan ceramah pada hari tersebut