Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 27 April 2013

Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 Kem PLKN Mesapol Tahun 2013





Kem PLKN Mesapol sedang dalam proses dan giat melakukan persiapan bagi memperolehi persijilan ISO 9001:2008 pada penghujung tahun 2013. Persiapan yang rapi telah bermula sejak tahun lalu dan kini diteruskan lagi dengan melengkapkan dan menambahbaikkan persiapan yang sedia ada.







Pasukan Audit Dalam dijangka akan melaksanakan audit dalaman pada pertengahan bulan Mei 2013 manakala pemeriksaan audit sebenar dijangka pada bulan Sep 2013.





 Terbaru, Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 Kem PLKN Mesapol Tahun 2013 telah disampaikan sendiri oleh Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman pada 24 Apr 2013 di Bilik Mesyuarat Kem PLKN Mesapol. Taklimat telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang.


Taklimat kesedaran pada sesi pagi telah dihadiri oleh semua Jurulatih Fizikal dan pekerja-pekerja dari Pengusaha Kem. Manakala taklimat pada sesi petang pula telah dihadiri oleh semua Ketua Unit, staf pengurusan dan Jurulatih Multiskill.






Secara keseluruhannya, objektif taklimat kesedaran MS ISO 9001:2008 ini telah dapat dicapai dan semua warga kem telahpun didedahkan berkaitannya dan dikehendaki membuat persiapan yang sewajarnya bagi menghadapi audit yang bakal dijalankan.





Semoga sasaran untuk memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 ini akan dapat dicapai sepertimana yang dirancangkan pada penghujung tahun 2013 ini. Sama-samalah kita berusaha!

Hari Gotong Royong Perdana 26 Apr 2013



Satu lagi aktiviti sihat telah diadakan di Kem PLKN Mesapol pada 26 Apr 2013. Aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan bagi menjaga kebersihan dan keselamatan  warga kem selain mencapai objektif lainnya seperti yang ditetapkan. Aktiviti yang melibatkan semua warga kem ini telah dihadiri oleh semua staf dan jurulatih, semua pelatih dan sebahagian pekerja Pengusaha Kem. Kesemua warga kem telah berkumpul di Padang Kawad Kem sebelum diberi penugasan membersihkan kawasan zon masing-masing.

Aktiviti telah dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang dilihat telah dapat mencapai objektifnya iaitu memelihara dan menentukan kebersihan kem ditahap yang tinggi disamping mengeratkan lagi persefahaman antara pihak pengurusan kem dan Pengusaha Kem.

Kebersihan adalah keutamaan kami di Kem PLKN Mesapol, Sipitang, Sabah ini.

Sabtu, 20 April 2013

Kerajaan timbang sedia kolam renang di kem PLKN

PORT DICKSON - Kerajaan sedang menimbang untuk menyediakan kolam renang di setiap kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara mulai tahun depan berikutan tidak ada lagi elemen air di kolam semulajadi.Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata dari segi keluasan, kedalaman, spesifikasi dan sebagainya akan ditentukan dan akan dimaklumkan kepada semua pengusaha kem PLKN di seluruh negara."Untuk jadual pematuhan bermula tahun hadapan, tidak ada lagi elemen air kolam semulajadi tetapi kerajaan sedang memikirkan untuk menyediakan kolam renang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang dekat sini, hari ini.Katanya pada masa ini hanya ada satu sahaja kem PLKN yang mempunyai kolam renang iaitu di Sibu, Sarawak.Ini bermakna setiap kem perlu mempunyai kolam renang tetapi jika tidak ada kemudahan itu pun mereka perlu memastikan bahawa latihan air itu boleh menggunakan spesifikasi yang ditentukan oleh kerajaan.Sebelum ini, katanya, hasil daripada keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak ada lagi elemen latihan air kepada pelatih PLKN, apa yang dilakukan bukan sahaja elemen kolam semulajadi itu ditiadakan, tetapi apa-apa sahaja aktiviti fizikal yang melibatkan air juga dikeluarkan daripada elemen tersebut dan ia ditukar kepada pasir.Langkah ini diambil memandangkan air di kolam semulajadi dilihat tidak sesuai kerana risiko air ini tidak berkesudahan di mana Kementerian Kesihatan telah memutuskan jika sekali saja terdapat bakteria kencing tikus di dalam mana-mana air di kem tersebut, maka kem itu tidak boleh dipakai seumur hidup.Bermakna kita tidak mahu mengambil risiko itu," katanya.Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di  seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.Abdul Hadi berkata pada masa ini terdapat lebih 24,000 pelatih bagi kumpulan 2 2012 sedang mengikuti latihan PLKN di 79 buah kem di seluruh negara lebih sebulan lalu.Katanya mereka selesai menjalani latihan dalam modul pembangunan karektor bermakna mereka bersedia untuk meneruskan modul yang lebih mencabar dan sekarang ini pelatih  sedang mengikuti modul kenegaraan manakala selepas ia akan diteruskan dengan modul khidmat komuniti dan fizikal.- Bernama