Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Rabu, 23 Januari 2013

Perasmian PLKN Kump 1 Siri 10/2013 Bagi Kem PLKN Mesapol


Satu lagi detik bersejarah terlakar di Kem PLKN Mesapol pada 22 Jan 2013. Pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013 di Kem PLKN Mesapol telah secara rasminya memulakan latihan sebagai wira dan wirawati PLKN. Tepat jam 7.30 pagi acara dimulakan dengan ketibaan Komandan Kem PLKN Mesapol iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Turut hadir adalah Timbalan Komandan Pengurusan, Kapt Mohd Amin bin Ahmad dan Timbalan Komandan Latihan, Cik Iira Ida Joanes serta wakil Pengusaha Kem dan seluruh warga kem lainnya.


  



Perbarisan yang diadakan di Padang Kawad Kem PLKN Mesapol ini menyaksikan jumlah pelatih paling ramai setakat ini di kem ini iaitu seramai 475 orang pelatih.
 

 
 
 
 



Cuaca yang serba indah menyaksikan pemakaian pangkat kepada Ketua-Ketua Kompeni A, B, C dan D dan penolong Ketua Kompeni masing-masing sebaik sahaja pemeriksaan perbarisan ringkas yang dilakukan oleh Komandan Kem. 

 


Berikut adalah pemegang pangkat pelatih bagi Kumpulan 1 Siri 10/2013. Penghulu ialah Ezwan Joanes (A149) manakala Penghuluwati pula ialah Suziana Primus (A538).


Bagi Kompeni Alpha, Ketua Kompeni Alpha (Wira) ialah Coster Baragang (A136) manakala Pen Ketua Kompeni Alpha (Wira) ialah Amirul Asyraff B. Mat Noh (A138).  Bagi wirawati pula, Ketua Kompeni Alpha (Wirawati) ialah Elisa Michael (A543) manakala Pen Ketua Kompeni Alpha (Wirawati) ialah Nur Farhana Bt Ahmad (A503).



Bagi Kompeni Bravo, Ketua Kompeni Bravo (Wira) ialah Mohd Fazri Badri (B202) manakala Pen Ketua Kompeni Bravo (Wira) ialah Chong Kee Choi (B238). Bagi wirawati pula, Ketua Kompeni Bravo (Wirawati) ialah Nur Amelina Bt Sailitson (B638) manakala Pen Ketua Kompeni Bravo (Wirawati) ialah Rachel Michelle Keffli (B628).

Bagi Kompeni Charlie, Ketua Kompeni Charlie (Wira) ialah Avralinetine Epin (C314) manakala Pen Ketua Kompeni Charlie (Wira) ialah Mohd Shafiq B Nasir (C301). Bagi wirawati pula, Ketua Kompeni Charlie (Wirawati) ialah Nurul Shafeka Amadun (C701) manakala Pen Ketua Kompeni Charlie (Wirawati) ialah Ester Alovia Jumis (C752).

Bagi Kompeni Delta, Ketua Kompeni Delta (Wira) ialah Aiman Ashrani B Basini (D440) manakala Pen Ketua Kompeni Delta (Wira) ialah Raeffles Ludovicus (D445). Bagi wirawati pula, Ketua Kompeni Delta (Wirawati) ialah Fatin Kamila B Abd Hadi (D818) manakala Pen Ketua Kompeni Delta (Wirawati) ialah Chelsie Anne Raymond (D847).

 
Acara seterusnya adalah ucapan perasmian oleh Komandan Kem. Antara lain didalam ucapan Komandan adalah jalani latihan dengan gembira, ceria dan penuh bersemangat. Konsep 1Malaysia harus dipraktikkan disamping mengutamakan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan sepanjang menjalani latihan dikem ini.




Sebaik sahaja perbarisan perasmian tamat, acara seterusnya adalah upacara bergambar mengikut kompeni A, B, C dan D. 

 

 

 


Turut dirakamkan adalah acara bergambar berkumpulan yang melibatkan seluruh warga Kem PLKN Mesapol termasuklah staf, jurulatih dan pelatih bagi Kumpulan 1 Siri 10/2013. 

Ceria... Komandan, staf, jurulatih dan pelatih Kumpulan 1 Siri 10/2013

Majlis Suaikenal Staf Dan Jurulatih Kem Plkn Mesapol Kepada Pelatih Kump 1 Siri 10/2013



Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta… Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Lantaran itu, satu Majlis Suaikenal telah diadakan di kem ini bagi menambahceriakan ikatan silaturrahim. Majlis suaikenal antara staf dan jurulatih kepada pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013 telah diadakan pada 8 Januari 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Makan kem ini turut dihadiri oleh barisan staf yang diketuai oleh Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman, anggota-anggota medik Kementerian Kesihatan dan semua jurulatih kem ini. Majlis ini diadakan agar semua pelatih dapat mengenali staf dan jurulatih kem ini serta sedikit latarbelakang mereka.

Rabu, 9 Januari 2013

Pendaftaran Kump 1 Siri 10/2013


Tahun 2013 menyaksikan Kem PLKN Mesapol menerima jumlah pelatih yang paling ramai setakat ini yang pernah direkodkan berbanding 5 kumpulan yang lepas.

Pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Mesapol mula melapor diri pada 3 Januari hingga 5 Januari 2013 yang lepas. Pelatih kali ini terdiri dari mereka yang berasal dari Kota Belud, Tambunan, Kota Kinabalu, Keningau dan Ranau. Pendaftaran yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut ini dengan jumlah pelatih yang ramai memerlukan barisan jurulatih dan staf pengurusan sibuk dengan proses pendaftaran. Apapun, perancangan yang teliti telah diatur bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran terutama dibahagian logistik.

Setakat ini, jumlah pelatih yang berjaya melapor diri adalah seramai 472 orang yang terdiri dari 256 orang Wira dan 216 orang Wirawati.

Ikuti paparan gambar dibawah sepanjang proses penerimaan pelatih Kumpulan 1 Siri 10/2013;



Pembahagian No. ID dan Kompeni

Pemeriksaan beg pelatih

Taklimat daripada Ketua Jurulatih Fizikal kepada barisan pelatih

Jumlah pelatih yang ramai... penuh satu dewan!

Kepada semua barisan jurulatih diseluruh kem di Malaysia, selamat berkhidmat untuk Negara!