Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 4 November 2012

DKRT Game Kump. 3 Siri 9 / 2012

Walaupun kelas Modul Kenegaraan telah melabuhkan tirainya pada Selasa yang lepas, namun aktiviti kemuncak bagi modul ini dilaksanakan pada Jumaat baru-baru ini bersamaan 2 Nov 2012 yang dikenali sebagai DKRT Game. 



Aktiviti yang bertujuan memberi penghayatan berkenaan perjuangan dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat ini dijalankan di dewan makan dan dipantau oleh semua jurulatih termasuk jurulatih fizikal.

Bagi kumpulan ini, DKRT Game dikepalai oleh Cikgu Suzy sebagai penyelaras dan persediaan aktiviti oleh barisan jurulatih multiskill. Aktiviti yang bermula seawal 8.30 pagi ini terlebih dahulu mendapat penerangan ringkas oleh Cikgu Suzy berkenaan perjalanan DKRT Game tersebut.

Dengan peraturan 'Bisu' yang ditetapkan, pelatih menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi sesama ahli kumpulan. Setiap peraturan mempunyai simbolik yang tersendiri dimana mereka akan merasai bekerja dibawah tekanan bagi menyelesaikan setiap misi yang diberikan.





Pemandangan ketika pelaksanaan Misi 1







Senario ketika Misi 2

Sebaik Misi 3 dijalankan, pelatih mula bertindak agresif bagi memastikan mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Senario seperti ini seringkali berlaku setiap kali aktiviti DKRT Game dilaksanakan. Provokasi dilakukan sendiri oleh jurulatih bagi menguji kefahaman pelatih berkenaan Misi 3. Walaubagaimanapun hasil persiapan rapi dan persediaan awal, segala insiden yang berbahaya dapat dielakkan.









Sekitar pelaksanaan Misi 3. 

Misi tamat pada pukul 10.30 pagi dan refleksi berkenaan aktiviti ini telah dijalankan dimana beberapa orang pelatih tampil bagi menyatakan pengalaman mereka. Cikgu Suzy turut mengulas lanjut berkenaan DKRT Game secara menyeluruh bagi memastikan pelatih sedar tentang kesengsaraan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan bagi mencapai sesebuah kemerdekaan.



Kesimpulan berkenaan aktiviti oleh Cikgu Suzy selaku penyelaras

Diakhir aktiviti ini, penyelaras modul Kenegaraan, Cikgu Leen mengumumkan kelas paling cemerlang yang berjaya dirangkul oleh KN5 (Rentap) dimana jurulatih mereka terdiri daripada Cikgu Ash, Cikgu Mike dan Cikgu Syahanaz.

Pemenang bagi kelas paling cemerlang

Lagi gambar-gambar sekitar DKRT Game ini di fan page Kem PLKN Mesapol atau DISINI

 

Latihan Menembak Kump 3 Siri 9/2012

Seperti yang dilakukan kepada kumpulan yang lepas, kumpulan kali ini juga tidak terkecuali dari menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kota Belud, Sabah pada 01 Nov 2012. Sehari sebelum itu, semua pelatih diberi pendedahan awal berkenaan perjalanan latihan sebenar menerusi latihan teori menembak yang dijalankan di sekitar padang kawad Kem PLKN Mesapol. Latihan ini, dibantu oleh anggota tentera darat dari pasukan 5 Skuadron Semboyan Diraja yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada pelatih berkenaan penggunaan senjata persendirian jenis M-16.

Latihan teori menembak pada 31 Okt 2012 berlangsung selama 3 jam itu bermula seawal 8.30 pagi.





 









Pada hari latihan menembak di lapang sasar, pergerakan bermula seawal jam 4.00 pagi kerana perjalanan ke Kota Belud yang mengambil masa hampir 5 jam dalam perjalanan. Keadaan ini tidak membebankan pelatih untuk bangun seawal 3.00 pagi kerana taklimat berkenaan latihan telah diberikan lebih awal. Kelihatan ramai diantara mereka yang teruja untuk melaksanakan latihan menembak tersebut.

Setibanya di lapang sasar, pelatih diberi taklimat ringkas oleh wakil angkatan tentera yang mengendalikan sesi latihan. Ini bertujuan memastikan keselamatan pelatih sentiasa dalam keadaan terkawal.

Seterusnya, pelatih dibahagikan kepada 14 detail dimana setiap detail terdiri daripada 8 orang. 

Sesi latihan menembak tamat pada pukul 2.00 petang sebaik selepas upacara penyampaian cenderamata kepada pihak angkatan tentera yang telah membantu menjayakan sesi latihan ini. Semua pelatih dan jurulatih yang terlibat dalam pengendalian senjata M-16 terlebih dahulu diminta mengangkat ikrar sebagai janji tidak membawa apa-apa peralatan keluar dari kawasan lapang sasar terutamanya kartus kosong peluru. Pelatih juga diperiksa sebelum dibenarkan menaiki bas untuk kembali ke kem.




















Walaupun keletihan sepanjang perjalanan, namun mereka merasakan kepuasan dalam mempelajari pengendalian senapang dengan peluru hidup yang telah didedahkan kepada mereka. Setidak-tidaknya, ilmu ini mampu memberi manfaat di hari kemudian.