Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Isnin, 17 September 2012

Ceramah Oleh PDRM Sipitang

Dua hari yang lepas, bersamaan 15 September 2012 pada jam 9.00 pagi, semua pelatih berkumpul di dewan makan bagi sama-sama mendengar ceramah bertajuk 'Cegah Jenayah'. Ceramah daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sipitang ini telah diwakili oleh Sjn. Mothada Bin Ujang, Kpl. Hasruddin dan L/Kpl Aizat.




Selain menyampaikan isu berkaitan pencegahan jenayah pada masa kini, pelatih turut didedahkan berkenaan bidang kerjaya polis bagi menarik minat mereka menyertai pasukan polis pada suatu hari nanti sekiranya mereka berminat.


Pihak PDRM Sipitang turut menyediakan pameran berkenaan sejarah kepolisan, gambar-gambar akibat kemalangan jalan raya dan jenayah rempit serta peralatan yang sering digunakan untuk menagih najis dadah.


Sesi bersama pihak PDRM Sipitang ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga semua pelatih mendapat manfaat daripada ceramah ini.

Pendaftaran Pelatih Kump. 3 Siri 9/2012

Bermula pada 9 September hinggan 11 September 2012, pelatih bagi Kumpulan 3 Siri 9/2012 mula melaporkan diri di Kem PLKN Mesapol Sipitang.

Penglibatan pelatih pada kali ini adalah dari 6 buah daerah di negeri Sabah iaitu Beaufort, Keningau, Papar, Tambunan, Kota Marudu dan Ranau.




Pergerakan pelatih bermula di daerah masing-masing dimana jurulatih pengiring dari setiap kem membawa pelatih ke kem masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh JLKN.



Ketibaan pelatih di Kem PLKN Mesapol disambut dengan persiapan rapi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pembahagian nombor ID mengikut kompeni samada Alpha, Bravo, Charlie ataupun Delta. Selain itu, pemberian barangan logistic seperti pakaian lengkap bagi sesi kelas, latihan fizikal, celoreng, sarung bantal, selimut, tuala dan lain-lain turut dijalankan pada hari yang sama semasa mendaftar bagi memudahkan aktiviti pengurusan.





Kerjasama dari semua staf dan jurulatih bagi ketiga-tiga hari tersebut amat memuaskan dan segala urusan dapat disempurnakan dengan baik. Hal ini didorong oleh perancangan yang lebih awal daripada pihak pengurusan kem.

Setakat hari ini, jumlah pelatih yang menjalani latihan di Kem PLKN Mesapol adalah seramai 122 orang (61 orang Wira dan 61 orang Wirawati). Selamat menjalani latihan dan selamat maju jaya kepada semua!

Sabtu, 15 September 2012

Patuhi arahan

SEREMBAN: Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada di kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan berhadapan dengansituasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan. "Peruntukan akta telah menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini. Katanya nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan.Abdul Hadi turut memberi ingatan kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan mereka menerima hukuman untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan tetapi selepas tamat hukuman, mereka akan tetap dikehendaki memasuki program itu. - Bernama