Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Selasa, 10 Julai 2012

Kursus 'Training of Trainers' (TOT) Pembinaan Karakter & Budaya Kerja

Aktiviti : Kursus ‘Training of Trainers’ (TOT) Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja
Tarikh : 12 Jun – 3 Julai 2012
Masa : 0830H – 1830H
Lokasi : Kem Wawasan, Kg Ovai, Papar, Sabah
Penglibatan : Jurulatih Multiskill (Zira, Reeny, Ujie, Mat Kimon, Shaidatul & Yulie)

Antara wajah-wajah Jurulatih Multiskill dari Sarawak dan Cikgu Sai (Kanan)

 
Kemeriahan ketika menjayakan aktiviti Pameran Origami Burung

Cikgu Reeny (berdiri paling kanan), Cikgu Ujie dan Cikgu Zira (berdiri tiga dan empat dari kanan)

 Cikgu Yulie (Kanan) bersama buddy Cikgu June dari Kem Wawasan, Papar, Sabah

Secara keseluruhannya, selain memberi pendedahan modul Pembinaan Karakter kepada jurulatih-jurulatih multiskill, kursus ini juga berjaya menerapkan nilai-nilai yang perlu disemai bagi membentuk jati diri seorang jurulatih yang cemerlang. Kesemua jurulatih dari Kem PLKN Mesapol yang mengikuti kursus ini telah lulus dan mendapat pengiktirafan bagi menyampaikan modul Pembinaan Karakter dan Budaya Kerja bermula pada siri akan datang.

Sabtu, 7 Julai 2012

Senamrobik Perdana Kali Kedua Kump 2 Siri 9 2012

Khamis, bersamaan 5 Julai 2012, seawal 6.00 pagi, acara senamrobik telah diadakan di padang kawad yang melibatkan jemputan Komandan, Timbalan Komandan Pengurusan (TKP), Timbalan Komandan Latihan (TKL), staf pengurusan dan Jurulatih bersama-sama Wira dan Wirawati. Senamrobik Perdana ini juga turut melibatkan penyertaan sukarela pekerja Pengusaha Kem, Dewan Makan dan Pemandu GPB/Korakan.

 Penghulu melapor jumlah kekuatan kepada Ketua Jurulatih

 Ketua Jurulatih melapor jumlah kekuatan kepada Komandan

Acara senamrobik yang diketuai oleh Jurulatih Fizikal, Cikgu Norlizan, antara lain bertujuan mengeratkan lagi perpaduan diantara semua warga kem dari pelbagai peringkat disamping mengekalkan kecergasan tubuh badan.

 Cikgu Lizan mengetuai aktiviti senamrobik

Pergerakan senamrobik ini telah direka sendiri dengan kerjasama jurulatih-jurulatih fizikal dan mendapat pujian daripada pihak TKL. Beliau turut berpesan agar penambahbaikan dilakukan bagi memastikan acara sebegini terus berjaya menarik minat semua warga kem untuk melibatkan diri.


Syabas untuk semua!

Latihan Kebakaran Kali Kedua Kump 2 Siri 9

Sebagai langkah keselamatan bagi mengelak dari kebakaran, pihak Kem PLKN Mesapol telah sekali lagi mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan kerjasama pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Sipitang yang dianggotai seramai 10 orang. Latihan ini telah diadakan pada 4 Julai pada jam 4.00 petang.

Berbincang scenario latihan... TKP sedang berbincang dengan tim penyelamat dari Balai Bomba Sipitang

Kronologi latihan dimulakan dengan bunyi siren kecemasan dan jeritan ‘API!  API !  API !’ dari semua warga kem sambil bergegas lari menuju ke padang kawad kem.
Jentera Bomba... Bergegas masuk ke dalam kem atas panggilan kecemasan sebahagian daripada scenario latihan kebakaran



Ketua Jurulatih Fizikal melapor kepada Ketua Unit Latihan... Semua Wira dan Wirawati berkumpul di padang kawad
Ketua Jurulatih Fizikal memainkan peranan dengan mengambil jumlah kekuatan staf pengurusan termasuk operator makanan, jurulatih dan pelatih. Ini bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Seterusnya, demo menyelamat mangsa telah dilakukan dihadapan semua warga kem. Demo bagi memadamkan api menggunakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) turut dipertontonkan dan dibuat secara amali bagi memastikan cara menggunakan alat pemadam api tersebut dapat difahami dan diaplikasi sekiranya kebakaran benar-benar terjadi.

Demo menyelamatkan mangsa kebakaran.


Demonstrasi memadamkan api kebakaran menggunakan alat pemadam api kecil

Latihan tamat kira-kira jam 5.00 petang dan diakhiri dengan minum petang oleh semua warga kem di dewan makan termasuk anggota bomba dan penyelamat. Komandan Kem, Mej Mohd Fadzil bin Ngadiman mengucapkan terima kasih kepada semua warga kem yang telah bekerjasama menjayakan latihan kebakaran pada kali ini.

 Ulasan penutup daripada Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Ngadiman