Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Selasa, 27 Ogos 2013

Program Konvoi Kemerdekaan BSKN Singgah di Kem PLKN Mesapol

Baru-baru ini bersamaan 24 hingga 25 Ogos 2013, Kem PLKN Mesapol telah dipilih sebagai salah satu destinasi persinggahan peserta Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang terdiri daripada 90 orang bekas pelatih Khidmat Negara yang mendaftar sebagai ahli BSKN. Selain ahli BSKN, konvoi ini juga turut disertai oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir, Pengarah Bahagian Sukarelawan & Alumni Jabatan Latihan Khidmat Negara, Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang, Mejar Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman dan Timbalan Komandan Latihan dari kem-kem lain seluruh Sabah.

Peserta Konvoi ini tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan disambut penuh meriah oleh barisan pelatih Kem PLKN Mesapol itu sendiri. Pada sebelah malamnya pula, sesi Malam bersama peserta Konvoi Kemerdekaan BSKN telah diadakan dengan tujuan beramah mesra bersama pelatih disamping sedikit taklimat berkenaan program khidmat komuniti yang akan diadakan dikampung berhampiran Kem PLKN Mesapol iaitu Kg. Pepolor.

Acara pemotongan reben oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir

Mengalu-alukan kedatangan peserta konvoi ke kem PLKN Mesapol

Left. Kol. Rosli bersama Komandan ketika Malam bersama Konvoi Kemerdekaan BSKN

Komandan ketika memberi ucapan

Cikgu Ronnie selaku Pengerusi BSKN Kem PLKN Mesapol ketika memberi ucapan

Gerak tari lagu patriotik oleh barisan jurulatih Kem PLKN Mesapol

Sesi bergambar bersama pelatih sebagai kenangan.

Keesokan paginya, peserta Konvoi yang menggunakan 11 buah van dilepaskan dengan acara ringkas penuh simbolik ‘flag off’ yang telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang pada pukul 8.30 pagi.

Di Kg Pepolor, kerja-kerja khidmat Komuniti tertumpu di  Dewan Makan dimana kerja-kerja membaik pulih dan mengecat telah dilakukan oleh peserta konvoi. Selain itu, berhadapan dengan Dewan Makan, turut diwujudkan Merdeka Garden sebagai mercu tanda Khidmat Komuniti oleh peserta Konvoi Kemerdekaan.

Komandan turut menyapu varnis pada meja dewan makan.

Left. Kol. gigih menjayakan khidmat komuniti di Kg Pepolor ini

Gigih. Peserta konvoi membaik pulih dewan makan

Mewujudkan Merdeka Garden

Program Khidmat Komuniti ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dimana  sedikit cenderahati telah diserahkan oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir kepada Ketua Kampung sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Program Khidmat Komuniti di Kg. Pepolor.

Seterusnya, peserta konvoi meneruskan perjalanan mereka dimana mereka akan singgah di destinasi yang seterusnya iaitu Kem PLKN Wawasan, Papar Sabah. Apapun, doa kami semoga program konvoi ini selamat menjayakan misinya sehingga 31 Ogos nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan