Sesi latihan bagi Kumpulan 3 Siri 10 / 2013 telah pun
bermula sejak sehari yang lalu dimana pendaftaran pelatih telah dilaksanakan
bermula pada 15 Ogos hingga 17 Ogos 2013yang lalu. Pelatih Kem PLKN Mesapol bagi
kali ini terdiri dari 6 daerah sekitar negeri Sabah iaitu Tuaran, Likas,
Tambunan, Keningau, Kota Belud dan Ranau. Jumlah pelatih yang berjaya
melaporkan diri setakat hari ini adalah seramai 188 orang yang terdiri daripada
124 wira dan 64 wirawati.
Seperti sesi yang lalu, proses pendaftaran pelatih dikendalikan
oleh barisan staf pengurusan dan jurulatih di sekitar dewan makan kem.
Pengendalian proses ini melibatkan pembahagian nombor ID sehinggalah kepada
pembahagian pakaian uniform yang akan digunakan sepanjang sesi latihan.
Ketika proses pendaftaran, kelihatan ada segelintir pelatih
yang agak takut-takut untuk memulakan latihan dan ada juga yang kelihatan
teruja dan gembira menerima tawaran sebagai pelatih latihan Khidmat Negara.
Apapun tanggapan awal pelatih berkenaan latihan Khidmat Negara ini, adalah
menjadi tanggunggjawab barisan jurulatih untuk memastikan mereka tampil sebagai
remaja unggul sebaik menamatkan sesi latihan ini nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan