Baru-baru ini bersamaan 24 hingga
25 Ogos 2013, Kem PLKN Mesapol telah dipilih sebagai salah satu destinasi
persinggahan peserta Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara
(BSKN) yang terdiri daripada 90 orang bekas pelatih Khidmat Negara yang
mendaftar sebagai ahli BSKN. Selain ahli BSKN, konvoi ini juga turut disertai
oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir, Pengarah Bahagian Sukarelawan & Alumni
Jabatan Latihan Khidmat Negara, Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang, Mejar Mohd
Fadzil Bin Hj Ngadiman dan Timbalan Komandan Latihan dari kem-kem lain seluruh
Sabah.
Peserta Konvoi ini tiba kira-kira
pukul 4.30 petang dan disambut penuh meriah oleh barisan pelatih Kem PLKN
Mesapol itu sendiri. Pada sebelah malamnya pula, sesi Malam bersama peserta
Konvoi Kemerdekaan BSKN telah diadakan dengan tujuan beramah mesra bersama
pelatih disamping sedikit taklimat berkenaan program khidmat komuniti yang akan
diadakan dikampung berhampiran Kem PLKN Mesapol iaitu Kg. Pepolor.
Acara pemotongan reben oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir
Mengalu-alukan kedatangan peserta konvoi ke kem PLKN Mesapol
Left. Kol. Rosli bersama Komandan ketika Malam bersama Konvoi Kemerdekaan BSKN
Komandan ketika memberi ucapan
Cikgu Ronnie selaku Pengerusi BSKN Kem PLKN Mesapol ketika memberi ucapan
Gerak tari lagu patriotik oleh barisan jurulatih Kem PLKN Mesapol
Sesi bergambar bersama pelatih sebagai kenangan.
Keesokan paginya, peserta Konvoi
yang menggunakan 11 buah van dilepaskan dengan acara ringkas penuh simbolik ‘flag
off’ yang telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang pada
pukul 8.30 pagi.
Di Kg Pepolor, kerja-kerja
khidmat Komuniti tertumpu di Dewan Makan
dimana kerja-kerja membaik pulih dan mengecat telah dilakukan oleh peserta
konvoi. Selain itu, berhadapan dengan Dewan Makan, turut diwujudkan Merdeka
Garden sebagai mercu tanda Khidmat Komuniti oleh peserta Konvoi Kemerdekaan.
Komandan turut menyapu varnis pada meja dewan makan.
Left. Kol. gigih menjayakan khidmat komuniti di Kg Pepolor ini
Gigih. Peserta konvoi membaik pulih dewan makan
Mewujudkan Merdeka Garden
Program Khidmat Komuniti ini
berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dimana
sedikit cenderahati telah diserahkan oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir
kepada Ketua Kampung sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan bagi menjayakan Program Khidmat Komuniti di Kg. Pepolor.
Seterusnya, peserta konvoi
meneruskan perjalanan mereka dimana mereka akan singgah di destinasi yang
seterusnya iaitu Kem PLKN Wawasan, Papar Sabah. Apapun, doa kami semoga program
konvoi ini selamat menjayakan misinya sehingga 31 Ogos nanti.