Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Isnin, 11 Jun 2012

Karnival Sukan Pelatih PLKN Mesapol Kump 2 Siri 9/2012

Sepertimana lazimnya sebelum ini, aktiviti Karnival Sukan peringkat Kem PLKN Mesapol bagi Kump 2 Siri 9/2012 telah diadakan pada 9 Jun 2012. Bermula tepat jam 7.30 pagi, karnival pelbagai acara ini telah berlangsung melibatkan persaingan diantara empat buah kompeni iaitu Kompeni Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah bola ping pong, futsal, sepak takraw, bola jaring dan bola keranjang.

Setakat jam 12.00 tengahari pada 9 Jun 2012, keputusan perlawanan ping pong telah memihak kepada Kompeni Charlie bagi kategori Wira. Manakala Kompeni Bravo mendahului pesaing lain bagi kategori Wirawati. Bagi perlawanan bola keranjang telah dimenangi oleh kompeni Bravo bagi kategori Wira dan Kompeni Alpha bagi kategori Wirawati.

Bagi lain-lain perlawanan, akan bersambung pada sebelah petang dan keputusan penuh akan diumumkan kemudian. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang akan disampaikan semasa Majlis Malam Akrab nanti oleh YBhg Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan