Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Rabu, 27 Jun 2012

Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)

BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

AM

1.      BSKN telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Februari 2012 oleh YAB Perdana Menteri. Keahlian Briged Sukarelawan Khidmat Negara atau singkatannya BSKN terdiri daripada bekas-bekas pelatih PLKN yang akan beroperasi di setiap negeri dalam konteks memberi khidmat sukarela kepada agensi penyelamat dan penguatkuasa untuk membantu mangsa-mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa tanah runtuh, kerja-kerja gotong-royong dan kerja-kerja sukarela kemasyarakatan.

PERANAN BSKN

2.      Peranan BSKN ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan secara berstruktur bersama-sama agensi-agensi peneraju, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.  Fungsi BSKN adalah seperti berikut:
  1. Bencana – membantu pihak berkuasa dalam kerja-kerja yang berkaitan di lokasi bencana
  2. Kemasyarakatan dan Sosial – membantu dalam kerja-kerja kesukarelaan yang melibatkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di hospital, rumah kebajikan, kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain tempat yang bersesuaian.
  3. Projek – berfungsi sebagai pasukan penghubung dalam mendapatkan dana yang bersesuaian dalam program yang dirancang dan memantau kelancaran program yang dijalankan
  4. Alam Sekitar – melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk membantu dalam menyalurkan maklumat awal kepada pihak berkuasa berkenaan risiko bencana alam seperti tanda awal tanah runtuh dan halangan yang wujud di sungai yang boleh menyebabkan banjir.
  5. Penerangan dan Publisiti – menyampaikan maklumat dan informasi mengenai pergerakan dan aktiviti BSKN serta turut bertanggungjawab menarik lebih ramai alumni PLKN untuk menyertai dan bergerak aktif dalam Briged ini
  6. Akademik – menganjurkan program motivasi / bimbingan akademik ke atas kumpulan sasar yang ditetapkan dengan melibatkan alumni PLKN yang berjaya dan mempunyai kemahiran tertentu
  7. Sukan – penglibatan sebagai sukarelawan dalam sukan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat.
  
PELAKSANAAN

3.     Selepas dilancarkan, BSKN telah digerakkan sebanyak dua kali bagi kerja-kerja khidmat komuniti/ sukarelawan seperti berikut:
  1. 22 April 2012 – Program Khidmat Komuniti Sosial di Bagan Datoh, Perak dengan penglibatan sebanyak 2,000 orang peserta termasuk anggota masyarakat setempat; dan
  2. 6 Mei 2012 – Program Pembersihan Pantai di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan penglibatan sebanyak 800 peserta termasuk anggota masyarakat setempat.
4.         Program Khidmat Komuniti dan sukarelawan BSKN turut melibatkan subset lain di dalam 1Malaysia 4 Youth (1M4U) di bawah seliaan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS,JPM) yang juga merupakan idea dan aspirasi YAB Perdana Menteri bagi menggerakkan semangat sukarelawan di kalangan belia di Malaysia.

IMPAK PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN BSKN

5.         Impak yang bakal diperolehi dengan penubuhan BSKN adalah:
  1. Menyumbang perubahan minda masyarakat terhadap sesuatu isu
  1. Membantu menjana ekonomi negara
  1. Mendokong Dasar Kerajaan
  1. Pembentukan sahsiah dan jati diri belia

PENDAFTARAN

6.         Keahlian adalah dibuka kepada semua bekas pelatih. Borang pendaftaran perlu diisi bertujuan untuk mengemaskini maklumat mereka agar mudah dipanggil sekiranya diperlukan bagi tujuan kerja-kerja kesukarelaan.

7.         Pendaftaran keahlian Briged Sukarelawan Khidmat Negara boleh dibuat melalui beberapa kaedah seperti berikut:
      
     1.  Pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang JLKN


      2. Pendaftaran dibuka di 80 buah kem-kem PLKN yang telah dijadikan sebagai  Pusat Operasi  BSKN. Atau klik disini atau layari http://www.kemplknmesapol.blogspot.com/p/daftar-alumni.html.


      3. Pendaftaran di Kaunter Khidmat Pelanggan JLKN.

PEGAWAI YANG DIHUBUNGI

8.      Pegawai dan staf yang boleh dihubungi ialah seperti berikut:

     1. Puan Sharifah Rodziah Binti Syed Sagap    – 03 – 40274141

      2. En Syamsul Bakhtiar Bin Kichek               – 03 – 40274103

Tiada ulasan:

Catat Ulasan