Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 20 Mei 2012

Majlis Perasmian PLKN Kump 2 Siri 9/2012 Bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang

Tanggal 18hb Mei 2012 yang lalu, bermulalah episod sejarah baru di Kem PLKN Mesapol, Sipitang. Satu majlis perasmian pembukaan Program Latihan Khidmat Negara bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang bagi Kumpulan 2 Siri 9/2012 telah diadakan di Padang Kawad kem ini dan dirasmikan oleh Komandan Kem, iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Seramai 326 orang pelatih-pelatih baru telah terlibat bagi menjayakan upacara perbarisan yang penuh simbolik itu. Mereka akan menjalani latihan di kem ini mulai 1 Mei 2012 sehingga 14 Jul 2012. Majlis perasmian ini telah diadakan serentak di semua kem PLKN di seluruh negara.

Ketibaan Komandan Kem, Mejar Mohd. Fadzil bin Hj Ngadiman


Upacara tabik hormat dan melapor jumlah kekuatan daripada penghulu


Ucapan perasmian oleh Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman


Upacara pemeriksaan barisan


Upacaran pemakaian pangkat kepada ketua-ketua kompeni yang terpilih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan