Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Sabtu, 19 Mei 2012

Majlis Pelancaran Pergerakan Masuk Pelatih Kump 2 Siri 9/2012 di Lawas, Sarawak

Mej Mohd Fadzil sedang berbincang sesuatu bersama Dato' Dr Tekhee

Proses pendaftaran pelatih

Sumbangan wang saku kepada pelatih sebelum menaiki bas

Pada 3 Mei 2012 bertempat di daerah Lawas, Sarawak, satu upacara pelancaran bagi pergerakan masuk pelatih-pelatih ke Kem PLKN Wawasan, Papar melibatkan seramai 35 orang pelatih telah diadakan. Kem PLKN Mesapol telah ditugaskan sebagai Kem Penyelaras bagi mengendalikan upacara tersebut. Upacara ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr.Tekhee @ Tiki Lafe, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Turut mengiringi ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Upacara ini turut dihadiri oleh Pengarah Zon H, iaitu Lt Kol (TUDM) Mohd Zainuri bin Embong dan tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil JLKN, iaitu Mej Abu Samah bin Noh dan jemputan-jemputan lain.

Komandan Kem, Mej Mohd Fadzil sedang memerhatikan proses pendaftaran

Perbincangan antara Komandan Kem PLKN Mesapol, Pengarah Zon H dan wakil GPB/Korakan

Ketibaan YB Dato' Dr Tekhee@Tiki Lafe, Pengerusi MLKN


Beramah mesra bersama keluarga pelatih


Dato Tekhee dan Mej Mohd Fadzil sedang menyemak dokumen
pelatih disaksikan oleh Pengarah Zon H dan Komdn PLKN Papar

Berbual bersama pelatih

YB Dato' sedang berucap di hadapan pelatih dan keluarga mereka

Upacara 'flag off'... Bas dilepaskan dari Stesen Bas Lawas menuju ke Kem PLKN Papar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan