KUALA LUMPUR - Kesemua 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindah ke kem PLKN di negeri masing-masing Isnin ini, susulan tindakan sita ke atas kem itu. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tindakan sita yang diputus Mahkamah Tinggi Taiping kelmarin adalah kerana pemilik kem gagal menjelaskan hutangnya. Proses pemindahan itu tidak akan menjejaskan program latihan dan pada masa ini pelatih telah selesai menjalani modul Pembangunan Kendiri, manakala baki dua modul iaitu Kenegaraan dan Khidmat Komuniti akan disambung di kem baru, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Abdul Hadi berkata bagi jurulatih yang terbabit pula, JLKN akan memindahkan mereka ke beberapa kem yang telah dikenal pasti memerlukan tenaga pengajar. "Saya ingin mengingatkan kepada semua pengusaha kem jangan sambil lewa dalam menguruskan kem mereka kerana jika perkara seperti ini berlaku sudah pasti akan menganggu perjalanan program latihan para peserta," katanya. Kem Tangkas Kendiri yang telah beroperasi semenjak 2009 mampu menempatkan 250 pelatih dan diselia 40 jurulatih. Terdahulu Abdul Hadi hadir pada majlis raptai akhir Persembahan Senam Seni yang disertai 1,008 pelatih dari tujuh kem PLKN Zon C, untuk program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu ini. - Bernama
Pengikut
Kem PLKN Mesapol on FaceBook
Label
Badminton
(1)
Bila Diri Disayangi
(1)
Bowling
(1)
BSKN
(3)
Ceramah AIDS/HIV
(1)
Ceramah Maulidur Rasul
(1)
Ceramah PDRM
(1)
DKRT Game
(1)
Gotong royong
(1)
Hari Raya
(1)
Hari Terbuka
(2)
Hari Ulang Tahun JLKN
(1)
Hujung Minggu
(1)
ISO
(1)
Israk Mikraj
(1)
JLKN
(1)
Karnival Sukan
(3)
Kem Terbaik
(1)
Kesedaran MS ISO 9001:2008
(1)
Ketua Pengarah JLKN
(1)
Khidmat Komuniti
(9)
Kolam Renang
(1)
Latihan Air
(1)
Latihan Kebakaran
(2)
Latihan Menembak
(1)
Lawatan
(2)
Malam Akrab
(4)
Malam Citra Puisi
(3)
Maulidur Rasul
(1)
Menembak M16
(1)
Origami
(1)
Patuhi Arahan
(1)
Pelatih Terbaik
(1)
Pembentukan Pasukan
(1)
Pendaftaran Pelatih
(3)
Pendaftaran Pelatih Kump 3 Siri 9/2012
(1)
Perasmian
(1)
Perasmian Pembukaan
(4)
Perasmian Penutupan
(3)
Perbarisan Komandan
(1)
Persediaan Kelas
(1)
Pesta Kaamatan
(1)
Promosi PLKN
(3)
Puisi
(1)
Refleksi Modul Pembinaan Karakter
(1)
Sambutan
(2)
Sambutan Hari Jadi
(1)
Sambutan Tahun Baru Cina
(1)
Semakan Online
(1)
Senamrobik
(2)
Sesi Fotografi Kumpulan
(1)
Sikembar Ping dan Chin
(1)
Suai kenal
(1)
Sumbangan
(1)
Taklimat
(1)
Training Of Trainer
(1)
Tutup Kem
(1)
Ulang Tahun
(1)
Wirajaya
(3)
Jumaat, 25 Mei 2012
Ahad, 20 Mei 2012
Majlis Perasmian PLKN Kump 2 Siri 9/2012 Bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang
Tanggal 18hb Mei 2012 yang lalu, bermulalah episod sejarah baru di Kem PLKN Mesapol, Sipitang. Satu majlis perasmian pembukaan Program Latihan Khidmat Negara bagi Kem PLKN Mesapol, Sipitang bagi Kumpulan 2 Siri 9/2012 telah diadakan di Padang Kawad kem ini dan dirasmikan oleh Komandan Kem, iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Seramai 326 orang pelatih-pelatih baru telah terlibat bagi menjayakan upacara perbarisan yang penuh simbolik itu. Mereka akan menjalani latihan di kem ini mulai 1 Mei 2012 sehingga 14 Jul 2012. Majlis perasmian ini telah diadakan serentak di semua kem PLKN di seluruh negara.
Ketibaan Komandan Kem, Mejar Mohd. Fadzil bin Hj Ngadiman
Upacara tabik hormat dan melapor jumlah kekuatan daripada penghulu
Ucapan perasmian oleh Komandan, Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman
Upacara pemeriksaan barisan
Upacaran pemakaian pangkat kepada ketua-ketua kompeni yang terpilih
Sabtu, 19 Mei 2012
Majlis Pelancaran Pergerakan Masuk Pelatih Kump 2 Siri 9/2012 di Lawas, Sarawak
Mej Mohd Fadzil sedang berbincang sesuatu bersama Dato' Dr Tekhee |
Proses pendaftaran pelatih |
Sumbangan wang saku kepada pelatih sebelum menaiki bas |
Pada 3 Mei 2012 bertempat di daerah Lawas, Sarawak, satu upacara pelancaran bagi pergerakan masuk pelatih-pelatih ke Kem PLKN Wawasan, Papar melibatkan seramai 35 orang pelatih telah diadakan. Kem PLKN Mesapol telah ditugaskan sebagai Kem Penyelaras bagi mengendalikan upacara tersebut. Upacara ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr.Tekhee @ Tiki Lafe, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Turut mengiringi ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Upacara ini turut dihadiri oleh Pengarah Zon H, iaitu Lt Kol (TUDM) Mohd Zainuri bin Embong dan tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil JLKN, iaitu Mej Abu Samah bin Noh dan jemputan-jemputan lain.
Komandan Kem, Mej Mohd Fadzil sedang memerhatikan proses pendaftaran |
Perbincangan antara Komandan Kem PLKN Mesapol, Pengarah Zon H dan wakil GPB/Korakan |
Ketibaan YB Dato' Dr Tekhee@Tiki Lafe, Pengerusi MLKN |
Beramah mesra bersama keluarga pelatih |
Dato Tekhee dan Mej Mohd Fadzil sedang menyemak dokumen pelatih disaksikan oleh Pengarah Zon H dan Komdn PLKN Papar |
Berbual bersama pelatih |
YB Dato' sedang berucap di hadapan pelatih dan keluarga mereka |
Upacara 'flag off'... Bas dilepaskan dari Stesen Bas Lawas menuju ke Kem PLKN Papar |
Langgan:
Catatan (Atom)