Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Rabu, 8 Januari 2014

Sesi suaikenal Kump. 1 Siri 11/2014

Hari ini telah berlangsung sesi suaikenal pelatih bersama  staf  dan jurulatih yang berlangsung di dewan makan pada jam 4 petang. Seperti siri sebelumya, sesi ini bertujuan memperkenalkan barisan staf dan jurulatih kepada pelatih disamping memberi serba sedikit pendedahan berkenaan fungi dan tugas barisan staf dan jurulatih di Kem PLKN Mesapol.

Komandan dalam ucapannya semasa sesi suaikenal tersebut berharap agar pelatih dapat menjalani latihan dengan selamat dengan mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan bagi sama-sama mencapai matlamat PLKN.

Pelatih Kem PLKN Mesapol Sipitang dengan kekuatan seramai 458 setakat hari ini telah pun memulakan latihan semenjak semalam. Kali ini, pelatih kem PLKN Mesapol didatangkan dari 5 Daerah iaitu Tambunan, Ranau, Keningau, Likas, dan Kota Belud.

Selamat datang dan selamat menjalani latihan kepada semua wira dan wirawati!

Jumaat, 8 November 2013

Perlawanan Badminton antara Kem-kem PLKN

Semalam 7 Nov 2013 telah berlangsung perlawanan badminton antara 5 buah kem PLKN di Sabah yang bertempat di Lok Kawi Height. 5 buah kem tersebut ialah Kem PLK KK Di Bawah Bayu Tuaran, Kem PLKN Tanaki Tambunan, Kem PLKN Wawasan Papar, Kem PLKN Sinar Jaya Kota Belud dan Kem PLKN Mesapol Sipitang.

Perlawanan badminton ini merupakan anjuran pihak Kem PLKN Papar bertujuan mengeratkan hubungan diantara rakan sekerja yang berlainan kem diseluruh Sabah disamping berseronok setelah 3 bulan berhempas pulas membimbing pelatih di dalam kem.

Perlawanan bermula pada pukul 9 pagi dan wakil dari setiap kem terdiri daripada barisan jurulatih dan staf pengurusan. Bagi pihak Kem PLKN Mesapol pula, Komandan kem Mejar Mohd Fadzil Hj Ngadiman turut tidak ketinggalan melepaskan peluang beraksi digelanggang.

Keputusan perlawanan bagaimanapun tidak menyebelahi Kem PLKN Mesapol dengan menduduki tempat ke-4. Juara bagi perlawanan badminton disandang oleh Kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran seterusnya diikuti oleh pihak penganjur Kem PLKN Wawasan Papar ditempat kedua. Manakala Kem PLKN Tanaki Tambunan menduduki tempat ketiga. Sebenarnya, menang dan kalah bukanlah menjadi taruhan utama namun dengan adanya perlawanan sebegini jurulatih dan staf pengurusan berpeluang untuk berkumpul dan saling bertanya khabar.

Diharapkan pada masa-masa akan datang lebih banyak aktiviti yang dirancang bagi mengekalkan silaturrahim antara kem.

Jumaat, 1 November 2013

Malam Seribu Kenangan Kump. 3 Siri 10/2013

Setelah 12 minggu Wira dan Wirawati menjalani latihan khidmat negara, mereka telah diraikan pada Malam Akrab yang telah diubahsuai namanya iaitu Malam Seribu Kenangan. Penyelaras Malam Seribu Kenangan pada kali ini ialah cikgu Angelina dan cikgu Abd Sallam. Kali ini mereka membawakan tema merah putih bagi menaikkan seri Malam Seribu Kenangan tersebut.

Acara yang bermula pada pukul 8.20 malam dengan ketibaan Komandan kem Mejar Mohd Fadzil Hj Ngadiman. Perasmian pada malam itu disempurnakan dengan pukulan gong oleh Komandan sebanyak 5 kali.

Pukulan gong sebanyak 5 kali oleh Komandan kem

Meriah dengan tema merah putih

Malam itu dimeriahkan dengan persembahan dari setiap kompeni yang membawa tema kebudayaan berbeza iaitu Kompeni Alpha dengan tema kebudayaan Cina, Kompeni Bravo dengan tema kebudayaan India, Kompeni Charlie dengan tema Kadazan-Dusun-Murut manakala Kompeni Delta dengan tema kebudayaan Melayu Asli. Pelatih kelihatan berseronok membuat persembahan masing-masing disamping pengacara majlis yang melucukan penonton dengan lawak bersahaja mereka. 

Persembahan Kompeni Charlie

Persembahan Kompeni Delta


Persembahan Kompeni Alpha

Tidak ketinggalan persembahan karaoke dari tuan Komandan dengan dendangan 2 buah lagu iaitu Kehilangan dan  Sudah Cukup Sudah yang dipopularkan oleh Firman dan Nirwana Band.

Nyanyian karaoke dari Komandan

Selain itu, persembahan khas oleh barisan jurulatih dan Komandan kem telah menyentuh hati ramai pelatih dengan dendangan lagu Biarku Menjadi Lilin. Kelihatan ramai diantara mereka menitiskan airmata mendengarkan luahan menerusi lagu tersebut yang diselang-selikan dengan deklamasi sajak.

Diakhir majlis, semua Wira dan Wirawati bersalam-salaman dengan barisan jurulatih dan staf pengurusan sebagai tanda perpisahan. 

Riak wajah pelatih semasa bersalaman dengan jurulatih