Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Ahad, 10 Jun 2012

Kem PLKN Bumimas, Sibu antara terbaik dalam negara

SIBU, 10 Jun 2012 : Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bumimas Sibu yang siap dibina tahun lalu dengan kos melebihi RM10 juta adalah antara Kem PLKN terbaik daripada segi kemudahan infrastrukur di negara ini.

"Saya sudah pergi ke semua 87 Kem PLKN seluruh negara, kem ini adalah antara yang terbaik", kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam ucapannya semasa melawat kem itu semalam. Katanya, pengusaha kem sanggup menyediakan banyak kemudahan infrastruktur berbanding yang ditetapkan kementerian termasuk kolam renang untuk keselesaan pelatih. Beliau berkata, kalau ada mana-mana pengusaha kem PLKN di seluruh negara sanggup menyediakan kemudahan infrastruktur sepertimana yang disediakan Kem PLKN Bumimas, pihaknya amat mengalu-alukan.

"Memang dalam jangka panjang kita nak pastikan semua Kem PLKN memenuhi piawaian yang macam ini", katanya dan menurutnya untuk mengelakkan pengusaha kem PLKN menanggung beban berikutan kos pelaburan tinggi, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kem PLKN Bumimas yang dibina di atas tapak seluas 18 hektar kini melatih seramai 423 pelatih. - BERNAMA

Rabu, 6 Jun 2012

Kerajaan timbang sedia kolam renang di kem PLKN

PORT DICKSON, 5 Jun 2012 - Kerajaan sedang menimbang untuk menyediakan kolam renang di setiap kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara mulai tahun depan berikutan tidak ada lagi elemen air di kolam semulajadi. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata dari segi keluasan, kedalaman, spesifikasi dan sebagainya akan ditentukan dan akan dimaklumkan kepada semua pengusaha kem PLKN di seluruh negara."Untuk jadual pematuhan bermula tahun hadapan, tidak ada lagi elemen air kolam semulajadi tetapi kerajaan sedang memikirkan untuk menyediakan kolam renang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang dekat sini, hari ini. Katanya pada masa ini hanya ada satu sahaja kem PLKN yang mempunyai kolam renang iaitu di Sibu, Sarawak.

Ini bermakna setiap kem perlu mempunyai kolam renang tetapi jika tidak ada kemudahan itu pun mereka perlu memastikan bahawa latihan air itu boleh menggunakan spesifikasi yang ditentukan oleh kerajaan. Sebelum ini, katanya, hasil daripada keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak ada lagi elemen latihan air kepada pelatih PLKN, apa yang dilakukan bukan sahaja elemen kolam semulajadi itu ditiadakan, tetapi apa-apa sahaja aktiviti fizikal yang melibatkan air juga dikeluarkan daripada elemen tersebut dan ia ditukar kepada pasir. Langkah ini diambil memandangkan air di kolam semulajadi dilihat tidak sesuai kerana risiko air ini tidak berkesudahan di mana Kementerian Kesihatan telah memutuskan jika sekali saja terdapat bakteria kencing tikus di dalam mana-mana air di kem tersebut, maka kem itu tidak boleh dipakai seumur hidup.Bermakna kita tidak mahu mengambil risiko itu," katanya.Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di  seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.Abdul Hadi berkata pada masa ini terdapat lebih 24,000 pelatih bagi kumpulan 2 2012 sedang mengikuti latihan PLKN di 79 buah kem di seluruh negara lebih sebulan lalu. Katanya mereka selesai menjalani latihan dalam modul pembangunan karektor bermakna mereka bersedia untuk meneruskan modul yang lebih mencabar dan sekarang ini pelatih  sedang mengikuti modul kenegaraan manakala selepas ia akan diteruskan dengan modul khidmat komuniti dan fizikal.- Bernama