16 Jun 2012 – Satu program khidmat komuniti diantara penduduk Kampung Melalia, warga Sek Ren Keb Kg Melalia dan pelatih-pelatih PLKN dari Kem PLKN Mesapol, Sipitang telah diadakan di sek tersebut pada 16 Jun 2012. Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Komandan Kem PLKN Mesapol, Sipitang iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dan juga Guru Besar Sek Ren Keb Melalia iaitu En. Kasah bin Saidi. Turut hadir adalah Pegawai Penerangan Daerah Sipitang iaitu En. Jemin Pangut, Ketua Kampung Melalia iaitu En. Zaili bin Ibrahim, barisan AJK PIBG dan JK Kg Melalia.
Kesinambungan daripada program Khidmat Komuniti tersebut, satu perlawanan persahabatan bola sepak sembilan sebelah telah diadakan diantara Pasukan Belia Kg Melilia dan Pasukan Adhoc PLKN Mesapol. Semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelatih, jurulatih PLKN dan belia Kg Melilia begitu terserlah dengan perlawanan persahabatan ini. Ianya sinonim dan signifikan dengan program seumpama ini yang turut melibatkan pelatih PLKN dan komuniti masyarakat setempat.
Bukan sahaja aktiviti seumpama ini menambah-eratkan lagi siturrahim sesama masyarakat setempat, malahan ianya juga bersifat hiburan sihat yang mampu menyatupadukan antara pelatih PLKN dan komuniti setempat.
Kemuncak kepada program ini adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Komandan Kem PLKN Mesapol iaitu Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman dan Guru Besar Sek Ren Keb Kg Melalia iaitu En. Kasah bin Saidi. Program ini telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang dikordinasikan oleh Jabatan Penerangan Daerah Sipitang.
Secara keseluruhannya program tersebut telah dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Semoga program seumpama ini dapat mentranformasikan kita menuju kearah yang lebih baik pada masa akan datang khususnya diantara belia remaja dan komuniti sosial.
Lagi gambar-gambar disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan