Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Memaparkan catatan dengan label Pendaftaran Pelatih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendaftaran Pelatih. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Pendaftaran Pelatih Kump. 3 Siri 10/2013

Sesi latihan bagi Kumpulan 3 Siri 10 / 2013 telah pun bermula sejak sehari yang lalu dimana pendaftaran pelatih telah dilaksanakan bermula pada 15 Ogos hingga 17 Ogos 2013yang lalu. Pelatih Kem PLKN Mesapol bagi kali ini terdiri dari 6 daerah sekitar negeri Sabah iaitu Tuaran, Likas, Tambunan, Keningau, Kota Belud dan Ranau. Jumlah pelatih yang berjaya melaporkan diri setakat hari ini adalah seramai 188 orang yang terdiri daripada 124 wira dan 64 wirawati.

Seperti sesi yang lalu, proses pendaftaran pelatih dikendalikan oleh barisan staf pengurusan dan jurulatih di sekitar dewan makan kem. Pengendalian proses ini melibatkan pembahagian nombor ID sehinggalah kepada pembahagian pakaian uniform yang akan digunakan sepanjang sesi latihan.

Ketika proses pendaftaran, kelihatan ada segelintir pelatih yang agak takut-takut untuk memulakan latihan dan ada juga yang kelihatan teruja dan gembira menerima tawaran sebagai pelatih latihan Khidmat Negara. Apapun tanggapan awal pelatih berkenaan latihan Khidmat Negara ini, adalah menjadi tanggunggjawab barisan jurulatih untuk memastikan mereka tampil sebagai remaja unggul sebaik menamatkan sesi latihan ini nanti.

Selasa, 9 April 2013

Pendaftaran Pelatih Kump. 2 Siri 10/2013

Seminggu sudah sejak Latihan Khidmat Negara untuk kumpulan 2 Siri 10/2013 bermula. Pendaftaran pelatih untuk kumpulan kali ini telah bermula pada 30 Mac hingga 1 April yang lepas. Kali ini pelatih yang melapor diri datangnya dari 6 daerah yang berbeza iaitu Kota Belud, Kota Kinabalu, Keningau, Tambunan, Ranau dan Tuaran.

Terlebih dahulu pelatih yang tiba di kem diberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan proses pendaftaran yang bakal berlangsung bermula dari pembahagian No. ID dan kompeni sehinggalah pemberian barangan logistik seperti tuala, pakaian dan kelengkapan lain yang digunakan sepanjang sesi latihan. Taklimat ini bagi melancarkan proses pendaftaran yang berlangsung di sekitar dewan makan.





Kerjasama dari pihak pengurusan dan jurulatih semasa sesi pendaftaran adalah sangat baik dan memudahkan lagi proses pendaftaran yang memakan masa yang panjang pada ketiga-tiga hari tersebut.

Kapt. Amin juga turun padang untuk melihat sendiri perjalanan proses pendaftaran pelatih.


Setakat hari ini jumlah pelatih yang sedang menjalani latihan di kem ini adalah seramai 426 orang yang terdiri daripada 227 orang wira dan 199 orang wirawati. Kemungkinan jumlah ini akan mencatat perubahan dengan pertambahan pelatih sukarelawan dalam masa terdekat. Apapun, selamat berkhidmat untuk negara kami ucapakan!


Rabu, 9 Januari 2013

Pendaftaran Kump 1 Siri 10/2013


Tahun 2013 menyaksikan Kem PLKN Mesapol menerima jumlah pelatih yang paling ramai setakat ini yang pernah direkodkan berbanding 5 kumpulan yang lepas.

Pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Mesapol mula melapor diri pada 3 Januari hingga 5 Januari 2013 yang lepas. Pelatih kali ini terdiri dari mereka yang berasal dari Kota Belud, Tambunan, Kota Kinabalu, Keningau dan Ranau. Pendaftaran yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut ini dengan jumlah pelatih yang ramai memerlukan barisan jurulatih dan staf pengurusan sibuk dengan proses pendaftaran. Apapun, perancangan yang teliti telah diatur bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran terutama dibahagian logistik.

Setakat ini, jumlah pelatih yang berjaya melapor diri adalah seramai 472 orang yang terdiri dari 256 orang Wira dan 216 orang Wirawati.

Ikuti paparan gambar dibawah sepanjang proses penerimaan pelatih Kumpulan 1 Siri 10/2013;



Pembahagian No. ID dan Kompeni

Pemeriksaan beg pelatih

Taklimat daripada Ketua Jurulatih Fizikal kepada barisan pelatih

Jumlah pelatih yang ramai... penuh satu dewan!

Kepada semua barisan jurulatih diseluruh kem di Malaysia, selamat berkhidmat untuk Negara!