Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Memaparkan catatan dengan label Khidmat Komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khidmat Komuniti. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

Program Konvoi Kemerdekaan BSKN Singgah di Kem PLKN Mesapol

Baru-baru ini bersamaan 24 hingga 25 Ogos 2013, Kem PLKN Mesapol telah dipilih sebagai salah satu destinasi persinggahan peserta Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang terdiri daripada 90 orang bekas pelatih Khidmat Negara yang mendaftar sebagai ahli BSKN. Selain ahli BSKN, konvoi ini juga turut disertai oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir, Pengarah Bahagian Sukarelawan & Alumni Jabatan Latihan Khidmat Negara, Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang, Mejar Mohd Fadzil Bin Hj Ngadiman dan Timbalan Komandan Latihan dari kem-kem lain seluruh Sabah.

Peserta Konvoi ini tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan disambut penuh meriah oleh barisan pelatih Kem PLKN Mesapol itu sendiri. Pada sebelah malamnya pula, sesi Malam bersama peserta Konvoi Kemerdekaan BSKN telah diadakan dengan tujuan beramah mesra bersama pelatih disamping sedikit taklimat berkenaan program khidmat komuniti yang akan diadakan dikampung berhampiran Kem PLKN Mesapol iaitu Kg. Pepolor.

Acara pemotongan reben oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir

Mengalu-alukan kedatangan peserta konvoi ke kem PLKN Mesapol

Left. Kol. Rosli bersama Komandan ketika Malam bersama Konvoi Kemerdekaan BSKN

Komandan ketika memberi ucapan

Cikgu Ronnie selaku Pengerusi BSKN Kem PLKN Mesapol ketika memberi ucapan

Gerak tari lagu patriotik oleh barisan jurulatih Kem PLKN Mesapol

Sesi bergambar bersama pelatih sebagai kenangan.

Keesokan paginya, peserta Konvoi yang menggunakan 11 buah van dilepaskan dengan acara ringkas penuh simbolik ‘flag off’ yang telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Mesapol Sipitang pada pukul 8.30 pagi.

Di Kg Pepolor, kerja-kerja khidmat Komuniti tertumpu di  Dewan Makan dimana kerja-kerja membaik pulih dan mengecat telah dilakukan oleh peserta konvoi. Selain itu, berhadapan dengan Dewan Makan, turut diwujudkan Merdeka Garden sebagai mercu tanda Khidmat Komuniti oleh peserta Konvoi Kemerdekaan.

Komandan turut menyapu varnis pada meja dewan makan.

Left. Kol. gigih menjayakan khidmat komuniti di Kg Pepolor ini

Gigih. Peserta konvoi membaik pulih dewan makan

Mewujudkan Merdeka Garden

Program Khidmat Komuniti ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dimana  sedikit cenderahati telah diserahkan oleh Left. Kol. Rosli Bin Tahir kepada Ketua Kampung sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Program Khidmat Komuniti di Kg. Pepolor.

Seterusnya, peserta konvoi meneruskan perjalanan mereka dimana mereka akan singgah di destinasi yang seterusnya iaitu Kem PLKN Wawasan, Papar Sabah. Apapun, doa kami semoga program konvoi ini selamat menjayakan misinya sehingga 31 Ogos nanti.

Rabu, 22 Mei 2013

Khidmat Komuniti - Lawatan ke Balai Polis Daerah Sipitang

Baru-baru ini bersamaan 18 Mei, Sabtu telah dijalankan program Khidmat Komuniti ke Balai Polis Daerah Sipitang. Objektif lawatan ini antara lain ialah pendedahan berkenaan tugas-tugas Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Semua pelatih digerakkan ke Balai Polis seawal 7 pagi dengan dipantau oleh jurulatih-jurulatih Kem PLKN Mesapol. Setibanya disana, semua pelatih berkumpul di perkarangan Balai Polis Daerah Sipitang bagi mendengar beberapa slot ceramah. Antaranya ialah, ceramah Dadah daripada Cawangan Narkotik IPD Sipitang dan Ceramah Keselamatan daripada Cawangan Trafik IPD Sipitang. Selain itu,pelatih turut menyaksikan demo oleh pihak PDRM berkenaan menangani suspek yang mencurigakan semasa ditempat awam.




Pihak IPD Sipitang turut menyediakan ruang pameran yang memperlihatkan mangsa-mangsa jenayah bersama-sama dengan jenis-jenis peralatan yang sering digunakan untuk melakukan sebarang bentuk keganasan

Aktiviti yang dihadiri oleh Timb. Komandan Latihan, Cik Puan Iira Ida Joanes dan Peg. Penerangan Daerah Sipitang, En. Jemin Bin Pangut berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.00 tengahari.

Rata-rata pelatih teruja dengan program lawatan seumpama ini kerana mereka berpendapat aktiviti sebegini dapat memberi pendedahan yang berbeza berbanding latihan lazim di dalam kem.


Sabtu, 9 Mac 2013

Program Derma Darah

Hari ini tepat pada jam 9.00 pagi, satu lagi program dibawah pelaksanaan Modul Khidmat Komuniti iaitu Program Derma Darah telah dijalankan di dewan makan Kem PLKN Mesapol Sipitang. 


Program Derma Darah yang mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Daerah Sipitang ini telah menerima sambutan baik dari pelatih. Seramai lebih dari 100 orang pelatih yang sudi untuk menderma darah dan membuat pendaftaran sejak awal penghebahan berkenaan program ini. Namun, sebaik menjalani pemeriksaan kesihatan, seramai 23 orang Wira, 11 orang Wirawati yang layak menderma darah. Manakala yang lain mendapat kekangan daripada faktor kesihatan selain faktor umur yang belum mencecah 18 tahun. Rata-rata yang tidak layak menderma menyuarakan rasa kecewa terlepas peluang merasai pengalaman menderma darah.

  
                           
Suasana ketika pelaksanaan program derma darah

Mimik wajah lucu Penolong Kapten Wira Bravo, Acai 


Selain daripada pelatih, program ini turut mendapat sambutan dari kalangan jurulatih, staf pengurusan dan operator dewan makan. Seramai 2 orang jurulatih, 4 orang staf pengurusan dan 2 orang operator dewan makan yang layak dan sudi menderma darah. Jumlah ini menjadikan seramai 43 warga kem PLKN Mesapol yang telah menderma darah pada hari ini sekaligus mencatat peningkatan berbanding kumpulan lepas.

Program ini tamat pada pukul 2.30 petang. Hasil dari maklum balas yang memberangsangkan, program ini bakal diteruskan pada siri kumpulan akan datang. Kepada semua yang telah menderma, syabas kami ucapkan!

Sabtu, 16 Februari 2013

Program My Beautiful Malaysia Day

Program My Beautiful Malaysia Day yang telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 3 Februari 2013 yang lalu telah menyaksikan penglibatan Kem PLKN Mesapol bersama-sama warga Daerah Sipitang dimana pelatih-pelatih kem ini yang terdiri seramai 284 orang pelatih telah turun membanjiri Stadium Bola Sepak Daerah Sipitang yang dipantau oleh beberapa orang jurulatih PLKN. Program anjuran Majlis Daerah Sipitang ini adalah seiring dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan budaya kesukarelaan dikalangan warga Malaysia. Dianggarkan seramai 4000 orang pengunjung telah hadir bagi menjayakan program ini yang turut dihadiri oleh warga tua, muda, belia dan murid-murid sekolah di sekitar Daerah Sipitang.

Sambutan bagi peringkat Daerah Sipitang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Bujang, ADUN Sindumin, telah mendapat sambutan masyarakat setempat sejak seawal jam 7.00 pagi. Turut hadir didalam program ini ialah Komandan Kem iaitu Mej Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Aktiviti mengecat astaka dan membersihkan kawasan padang bola sepak telah dilakukan oleh pelatih dari Kem PLKN Mesapol. Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka ini sekaligus memberi tanggapan positif terhadap Program Latihan Khidmat Negara itu sendiri. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama masyarakat setempat daerah Sipitang antaranya senam aerobik, sukaneka, cabutan bertuah, jelajah 4x4 dan pelbagai acara menarik lagi..

Program My Beautiful Malaysia Day Daerah Sipitang ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi dan pergerakan balik pelatih ke kem menggunakan bas telah mendapat pemantauan baik dari barisan jurulatih kem ini.

Syabas untuk semua!

Rabu, 28 November 2012

Khidmat Komuniti - Hari Sukarelawan

Isnin lepas bersamaan 26 November 2012, telah diadakan Hari Sukarelawan bertempat di Dewan Makan. Hari Sukarelawan yang didatangi oleh wakil RELA pejabat Sipitang dan Jabatan Pertahanan Awan (JPAM) Sipitang ini telah berlangsung seawal pukul 8.30 pagi. 

Wakil kedua-dua jabatan ini memberikan taklimat ringkas berkenaan badan sukarelawan yang diwakili masing-masing bagi menarik minat pelatih untuk menyertai pasukan sukarelawan tersebut. 



cikgu Mahat juga merupakan ahli pasukan sukarelawan RELA


Berikut adalah paparan sekitar taklimat dari pihak JPAM;


Antara jurulatih yang berminat untuk menyertai pasukan JPAM

Malam sebelumnya, pihak Komandan, Mejar Mohd Fadzil B. Hj Ngadiman telah terlebih dahulu menyampaikan taklimat berkenaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada jurulatih.




Tujuan utama pendedahan sebegini dilakukan kepada pelatih adalah selain menarik minat pelatih untuk menyertai badan sukarelawan yang terdapat di seluruh negara, ia juga mampu menetapkan hala tuju pelatih dalam bidang kerjaya yang mampu mendatangkan manfaat dan sumbangan kepada negara.

Selasa, 20 November 2012

Khidmat Komuniti - Derma Darah


10 November baru-baru ini telah berlangsung kempen derma darah dibawah pelaksanaan Modul Khidmat Komuniti bertempat di dewan makan Kem PLKN Mesapol. Kempen derma darah yang mendapat kerjasama dari pihak Tabung Darah Hospital Besar Sipitang ini diketuai oleh Dr. Thet Wau Zin dengan bantuan 8 orang kakitangan pihak hospital telah dijalankan seawal pukul 8.30 pagi.

Kempen dermah darah ini telah mendapat sambutan baik oleh barisan pelatih. Ramai dikalangan mereka menawarkan diri untuk menderma darah. Walaubagaimanapun, selepas menjalani beberapa peringkat pemeriksaan kesihatan, hanya 25 orang yang layak menderma. Daripada bilangan ini, 19 orang wira manakala 6 orang wirawati. Selain pelatih, dua orang jurulatih juga turut menderma iaitu cikgu Ong dan cikgu Misor.






Kempen derma darah ini tamat pada jam 11.00 pagi dimana pihak hospital telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak kem yang diwakili oleh Cik Puan Iira Ida Joane, Timbalan Komandan Latihan.



Secara keseluruhannya, kempen derma darah ini wajar diteruskan dan merupakan tanggungawab yang dianggap mulia. Kepada semua yang telah menderma darah, terima kasih dah syabas kami ucapkan.

Sabtu, 3 November 2012

Program Khidmat Komuniti Pertama Kump 3 Siri 9/2012


Sebahagian peserta Kem PLKN Mesapol... Wira

Sebahagian peserta Kem PLKN Mesapol... Wirawati


Ceramah daripada Datuk Dr Chua Kim (Pensyarah Kanan di UiTM Kota Kinabalu)

Program khidmat komuniti pertama bagi pelatih Kump 3 Siri 9/2012 telah diadakan pada 3 Nov 2012 di Dewan Serbaguna Sipitang, Sipitang, Sabah. Program pada pagi ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Sapawi bin Hj Ahmad, Ahli Parlimen Sipitang. Turut hadir adalah YB Hj Ahmad bin Hj Bujang (ADUN Sindumin), YB Datuk Kamarlin bin Hj Ombi (ADUN Lumadan), Pegawai Daerah Sipitang (En Latif bin Ahmad), Komandan Kem PLKN Mesapol, Sipitang (Mejar Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman), dif-dif jemputan dan ketua-ketua jabatan negeri/persekutuan serta ketua-ketua kampung sekitar Daerah Sipitang.   

Mej Mohd Fadzil sedang bertanyakan sesuatu kepada pelatih wira yang hadir







Bagi peserta dari Kem PLKN Mesapol, seramai 125 orang pelatih dan 22 orang Jurulatih telah terlibat dan hadir didalam program ini. Program yang turut dihadiri oleh orang ramai sekitar daerah ini telah menggamatkan suasana didalam dewan yang turut dipenuhi dengan orang dewasa, remaja dan anak-anak kecil. Program yang bermula seawal jam 8 pg ini memuatkan beberapa aktiviti seperti Pertandingan Melukis (Kanak-Kanak Tadika & Pra Sekolah), Ceramah Kempen Anti Kutu Sampah oleh Datuk Dr Chua Kim Hing (Pensyarah Kanan di UiTM Kota Kinabalu), Acara Pidato Pemenang-Pemenang Pertandingan Sekolah-Sekolah Daerah Sipitang, Persembahan Muzik Tradisional dan Acara Cabutan Bertuah.  
 


Pemenang peserta pidato...penuh bersemangat

Cabutan bertuah... antara pelatih wirawati yang bertuah

Persembahan muzik tradisional

Pelatih wira... gembira kerana turut mendapat cabutan bertuah

Cikgu Nizam... tidak ketinggalan mendapat cabutan bertuah

Peserta cilik... menyampaikan pidato


Puppet show... Hadirin terhibur dengan lawak yang dipersembahkan

Ketibaan YB Datuk Sapawi

Komandan Kem PLKN Mesapol... Turut menyambut ketibaan YB Datuk Sapawi

Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Mendengarkan ucapan perasmian

YB Datuk Sapawi dan barisan dif-dif jemputan

Ucapan perasmian oleh YB Datuk Sapawi

Gimik pelancaran program


Upacara perasmian dilakukan oleh YB Datuk Hj Sapawi bin Hj Ahmad dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Selepas sahaja bacaan doa, ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj Sapawi, gimik pelancaran telah diadakan. Sejurus selepas gimik pelancaran, acara seterusnya adalah persembahan bercerita, persembahan pidato, bacaan ikrar duta KAKS, Penyampaian sijil duta KAKS, penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dan cabutan bertuah.   




Cikgu Ong... turut mendapat cabutan bertuah



Program telah diakhiri dengan makan tengahari kepada semua hadirin yang hadir sekitar jam 2 petang.

Lagi gambar-gambar sekitar program ini di fan page Kem PLKN Mesapol atau DISINI