Pengikut

Kem PLKN Mesapol on FaceBook

Memaparkan catatan dengan label Perasmian Penutupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perasmian Penutupan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mac 2013

Perbarisan Tamat Latihan Kump. 1 Siri 10 / 2013

Setelah 11 minggu berdepan dengan latihan yang menguji ketahanan fizikal dan mental, latihan Khidmat Negara telah pun melabuhkan tirainya pada 15 Mac dengan upacara perbarisan tamat latihan bertempat di padang kawad.

Persiapan tamat latihan telah dijalankan sehari sebelumnya bagi memastikan kelancaran upacara penuh nostalgia tersebut. Kelihatan kelibat Wira dan Wirawati segak dalam pakaian celoreng penuh memenuhi padang kawad sejak pukul 7 pagi lagi bagi menanti ketibaan Komandan.

Sebaik ketibaan Komandan, semua Wira Wirawati dan warga kem yang hadir menyanyikan lagu Negaraku dan Khidmat Negara. Seterusnya, Komandan diiring untuk upacara pemeriksaan barisan pelatih yang terdiri dari 4 Kompeni.



Komandan dalam ucapan ringkasnya sempat memberi penghargaan kepada semua pelatih yang menamatkan latihan tanpa melibatkan sebarang insiden besar yang boleh menjejaskan kelancaran sesi latihan. Beliau juga memberi penghargaan kepada semua jurulatih dan staff pengurusan yang menjalankan tugas dengan baik sepanjang sesi latihan dijalankan.


Dalam upacara tamat latihan ini juga, penerima Anugerah Wira dan Wirawati terbaik diumumkan dimana anugerah Wira terbaik disandang oleh Wira Amir Asyraff Danial Bin Zakaria dari kompeni Bravo manakala Wirawati terbaik dianugerahkan kepada Wirawati Elisa Michael dari Kompeni Alpha. Seterusnya, anugerah yang dinanti-nantikan oleh setiap pelatih ialah anugerah Kompeni Terbaik. Bagi kumpulan 1 siri 10 / 2013, Anugerah Kompeni Terbaik jatuh kepada kompeni Bravo.

Wira Terbaik, Amir Asyraff Danial

Wirawati Terbaik Elisa Michael

Kompeni Terbaik, Bravo

Seterusnya, sebagai simbolik tamat latihan, acara melambung beri telah dilakukan oleh semua pelatih. Kelihatan tangisan hiba bercampur gembira menyelubungi suasana untuk seketika. Kebanyakan pelatih mengambil peluang ini untuk bergambar bersama rakan-rakan dan jurulatih sebagai tanda kenang-kenangan.



Setelah itu, semua warga kem di jemput ke dewan makan untuk minum pagi beramai-ramai sambil dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh beberapa orang pelatih. Komandan juga sempat sekali lagi berucap bagi memberi amanat terakhir kepada semua pelatih yang akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.



Kepada semua pelatih, tahniah kami ucapkan dan selamat maju jaya!

Rabu, 28 November 2012

Perasmian Penutupan Kump. 3 Siri 9 / 2012

Hari ini tepat pukul 7 pagi, upacara rasmi tamat latihan bagi Kumpulan 3 Siri 9 / 2012 telah dilangsungkan dengan penuh protokol di Padang Kawad Kem PLKN Mesapol Sipitang yang melibatkan seramai 126 orang pelatih. Bagi keseluruhan pelatih, hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan setelah berhempas pulas dalam setiap sesi latihan yang dilaksanakan.

Ketibaan Komandan

Pemeriksaan barisan

Ucapan perasmian oleh Komandan

Dalam upacara ini juga, pemenang dorm terbaik telah diumumkan dimana kompeni Alpha telah memenangi kedua-dua kategori Wira dan Wirawati. Selain itu, apa yang lebih membanggakan kompeni Alpha turut dinobatkan sebagai kompeni terbaik sekaligus mengalahkan pemenang tradisi kompeni Bravo yang telah menjuarai kategori tersebut selama 3 kumpulan berturut-turut.

Pemenang Dorm Terbaik Wira (kompeni Alpha)

Pemenang Dorm Terbaik Wirawati (kompeni Alpha)

Upacara melambung beri sebagai simbolik tamat latihan

Sebaik selepas penyampaian sijil, upacara ini diserikan lagi dengan persembahan Kawad Senyap, Tempur Tanpa Senjata dan Tarian Perang oleh pelatih.

Persembahan Kawad Senyap pimpinan cikgu Romzi & cikgu Lizan

Persembahan Tempur Tanpa Senjata pimpinan cikgu Ronnie

Persembahan Tarian Perang pimpinan cikgu Sharom dan cikgu Nizam

Seterusnya, pelatih dan jurulatih termasuk pihak pengurusan telah sama-sama menikmati minum pagi di Dewan Makan sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang pelatih.


Antara persembahan nyanyian yang menghiburkan warga dewan

Sebelum majlis bersurai, Komandan sempat menyampaikan amanat terakhir kepada pelatih agar segala ilmu yang diturunkan sepanjang sesi latihan ini dapat dimanfaatkan kelak.

Malam ini, semua warga kem akan berhibur untuk kali yang terakhir bagi kumpulan ini dalam majlis Malam Akrab. Ingin tahu apa yang menarik? Ikuti entri yang akan datang.

Isnin, 16 Julai 2012

Perbarisan Tamat Latihan Kump. 2 Siri 9 / 2012

Setelah berhempas pulas menjalani latihan yang padat, akhirnya pelatih tersenyum puas sambil ada yang menitiskan air mata terharu semasa Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung pada 13 Julai 2012 lepas. Hari bersejarah bagi pelatih Kem PLKN Mesapol, Kumpulan 2 Siri 9/2012 diadakan di padang kawad yang dihadiri oleh semua jurulatih, staf pengurusan dan jemputan khas.

Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi sebaik ketibaan Komandan Kem, Mej. Mohd Fadzil Bin Hj. Ngadiman yang disambut oleh Timbalan Komandan Pengurusan (TKP).


 Lagu Negaraku dan Lagu Khidmat Negara kedengaran dinyanyikan penuh bersemangat oleh semua pelatih. Seterusnya, upacara pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh Komandan yang diiringi oleh TKP.


Ucapan ringkas oleh Komandan menyatakan rasa bangga beliau terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih sepanjang tempoh 3 bulan menjalani latihan di kem ini. Tambah beliau lagi, diharap semua pelatih mendapat kesan dan impak positif daripada latihan yang telah dijalani tersebut.


Kumpulan 2 kali ini menyaksikan Wira Mohd Al-Rakieb Bin Abdul Said dan Wirawati Leong Vui Tshin masing-masing dianugerahkan sebagai pelatih terbaik Wira dan Wirawati. (Ikuti secara ringkas latar belakang kedua pelatih ini untuk entri akan datang). Manakala Kompeni Bravo telah dinobatkan sebagai kompeni terbaik.


Kelihatan beberapa orang pelatih menitiskan air mata sebaik bendera Khidmat Negara diturunkan yang diiringi oleh lagu Standing In The Ice. Ternyata Latihan Khidmat Negara benar-benar memberi kesan yang mendalam dan pengalaman tidak ternilai di dalam diri setiap peserta.


Sebagai penyeri upacara tamat latihan ini, persembahan Tarian Perang, Kawad Senyap dan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dipersembahkankan oleh beberapa kumpulan yang terdiri dikalangan pelatih. Kesemua persembahan ini mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada Jurulatih Fizikal.


Upacara tamat latihan selesai pada jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan minum pagi bersama-sama di dewan makan. Persembahan Tarian Sumazau Penampang ditarikan oleh pelatih Kompeni Alpha yang memenangi pertandingan tarian tradisional pada sambutan Pesta Kaamatan yang lepas.


* Lagi gambar-gambar semasa Perbarisan Tamat Latihan Bagi Kump 2 Siri 9/2012 disini